assalamualaikum :)
Okay,straight to the point,korang rasa korang ada kelebihan tak??mesti ada kan,semua orang ada kelebihan masing2.tapi tahukah korang bahawasanya kelebihan korang tu sebenarnya satu ujian dari Allah??senang cerita,aku bagi contoh.supaya korang mudah faham.
contoh yang pertama:
kamu merupakan seorang yang sangat cantik.hampir semua orang suka tengok kamu.iya lah,siapa yang tak suka tengok benda2 yang cantik kan??sejuk je mata memandang.
TAPI hakikatnya Allah sedang menguji kamu wahai orang2 yang cantik.macam mana kamu nak handle kecantikan kamu tu.supaya kamu tak jadi tumpuan orang ramai.macam mana kamu nak handle lelaki2 yang cuba nak rapat dengan kamu.mesti ramai yang nak mencuba nasib kan??bukan kah itu saju ujian sebenarnya?maka,mahalkan lah diri kamu.
contoh yang kedua:
kamu merupakan seorang yang berduit.berada.kaya.semua yang kamu nak kamu boleh dapat.tapi aku rasa kekayaan ni merupakan ujian yang sangat berat sebenarnya.Allah nak uji kamu.Dia nak tengok macam mana kamu uruskan kekayaan kamu.sama ada kamu nak membazir di tempat2 maksiat ataupun kamu nak salurkan ke jalan Allah.you choose.maka dengan itu,iman kamu perlu kuat.semoga kamu tak leka dengan kekayaan duniawi.
cukup lah 2 contoh sahaja.aku rasa korang faham kan apa yang aku cuba nak sampaikan.sebab dah lama aku fikir pasal benda ni.semuanya aku nampak jadi dekat sekeliling aku.kadang2 aku kesian walaupun mereka memiliki kelebihan.
bagi yang rasa diri mereka punya kekurangan tu,bersyukurlah dengan apa yang ada.Sesungguhnya Allah itu maha adil.pandai2 lah kita olah kan kekurangan kita tu supaya ia menjadi satu kelebihan buat kita :)
p/s : kelebihan dengan maksiat tak ada keuntungan pun.
tapi jika kelebihan itu dengan keimanan,itu satu bonus namanya.
Alhamdulillah atas nikmat Allah :)