Tuesday, September 24, 2013

Aku ada Dia

Di pinggirkan?
Dah tak beri kesan.
Aku kan ada Tuhan.
Tuhan aku sentiasa sedia meneman.

Terima Kasih Tuhan untuk itu dan semua :)


ciksyeqa
24.9.14
11.33 pm
Wang Ulu

Thursday, January 17, 2013

ter

"Jodoh Iqa boleh tak bagi mama yang carikan?" - mama

tergamam. 
terkedu. 
terdiam.

Saturday, April 14, 2012

mengapa harus memilih derita.
kalau masih ada pilihan untuk bahagia.

aku akan terus lupakan.
maaf.

ciksyeqa
14/4/12
5.35am
salak baru

Wednesday, April 11, 2012

Bersangka baik-baik sahaja :)


Assalamualaikum :)



#ihsan google


Dah lama aku perhatikan. Manusia ni memang tak boleh di nilai dari luaran. Aku mengaku, dulu aku memang jenis yang perhatikan orang, lepas tu terus judge orang tu sendiri. Tanpa aku kenal siapa orang tu sebenarnya. tak baiknya aku menghukum orang kan?

Tapi, lepas beberapa situasi yang berlaku, aku sedar, kita kena bersangka baik. tak semestinya appearance seseorang tu melambangkan baik buruk hati dia kan?

Situasi pertama, berlaku dalam bas. ada sepasang couple ni naik bas ni. yang si lelaki ni bertindik bagai. lepas tu ada seorang lelaki muda berkopiah. mula2 pandang memang kita akan rasa macam budak lelaki yg bertindik tu nakal. But then, ada seorang mak cik tua ni naik bas. seat semua dah penuh. Aku ingatkan lelaki berkopiah tadi yang akan bagi mak cik ni duduk. tapi dia buat tak nampak je. tiba2 lelaki yang bertindik bagai ni bangun then, bagi seat dia kat mak cik tu. Padahal kedudukan dia dengan mak cik tu tak de lah dekat sangat. Aku tersenyum.

Situasi ke dua pun berlaku dekat dalam bas. waktu tu yang duduk sebelah aku ni adalah seorang pakcik yang agak selekeh. mula2 aku ingat pakcik ni jenis yang suka meminta-minta. tetiba keluar lah Blackberry Torch dari poket dia. siap sembang pasal bisness on the phone.malunya aku.. pandai2 sangat nak judge orang kan?padan muka. Aku tersenyum lagi.

Lepas dua situasi ni, aku tergelak sendiri dalam hati. ye la, takkan nak gelak kuat2 sorang2 pulak kan? karang tak pasal orang jerit, "keluar kau dari badan budak ni." Haha. siapa lah kita nak menghakimi seseorang melalui pakaian dia kan? siapa la kita ni sampai dah pandai sangat nak nilai hati budi seseorang kan?

Bersangka baiklah wahai sahabat2ku. InsyaAllah kita akan tersenyum gembira :)

“...dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik al-Hakim (Penghukum) antara yang menghukum.” (Yusuf:80)

Monday, April 9, 2012

20 Tahun Bahagia



Assalamualaikum :)




20 tahun? ya! dah 20 tahun aku bernyawa. 20 wey. DUA PULUH. ramai kata dah tua. tapi bagi aku, bukan dah tua. tapi dah matang. I am always sweet seventeen. eh? perasannnnnnn...

29 Mac 2012, first sekali , ayah, mama, thanks for everything. takde mama dengan ayah, takde la iqa. I love you both. Thanks for the watch. I love it. buat sahabat2. terima kasih buat hidup ni ceria. thanks for the wishes. thanks for the suprise. thanks :)


Macam2 yang dah aku tempuh sepanjang 20 tahun ni. banyak sangat. tak kisah lah benda kecik ataupun besar, susah ataupun senang. benda2 ni la yang buat aku berada di sini sekarang. berdiri sebagai seorang 'Aku'. bahagia. dengan kesayangan2 di sekeliling aku. Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Yang Tak Mati. panjangkan umur aku.

cuma aku terfikir, sepanjang 20 tahun aku hidup, apa bakti aku untuk Yang Maha Esa? apa bakti aku pada agama aku? pada mama dengan ayah. apa bakti aku pada orang sekeliling? Ada. Tapi tak cukup. hmmm.


Ya Allah, panjangkan lah umur hambaMu ini. semoga aku dapat berbakti kepada Mu, kepada agamaMu, kepada ibu bapa dan ahli keluargaku, kepada guru2ku dan kepada sahabat2 ku. Aminn :)



pssstt , Bahjun. my lovely drama queen. thanks. I love you :D