Saturday, July 2, 2011

Tak Mungkin Sempurna


Maafkan aku,
Aku tak mungkin jadi sempurna,
Aku tak mampu jadi apa yang kau pinta,
Aku tak mampu jadi apa yang kau damba.

Kerana aku cuma insan biasa,
Yang lemah tak mungkin sempurna,
Yang mungkin bangkit,tersungkur dan bangkit semula,
Yang ada kalanya salah percaturan dunia,
Yang ada ketikanya terleka,teralpa,
Akan wujudnya akhirat yang selamanya.

Wahai sahabat,
Terimalah aku seadanya,
Tepuk bahuku,
Kembalikan aku ke jalan-Nya jika aku terlena,
Alpa dengan patung kertas pentas dunia.

Kerana aku adalah aku,
Manusia yang tak mungkin jadi sempurna,


ciksyeqa,
1 JULAI 2011,
0135 am,
bagan serai

5 comments:

Eeqa said...

so truee.. macam tacink je nape nh sygg ?

ciksyeqa said...

nothing la dear..bosan2 ilham datang..tulis sja la..heheh

da'da'da'shida said...

ske ea bersajak...berbakat...

Betsy Grant said...

Wow, what a heart-full and expressive poem. I am a musician who blogs about creativity. Please visit me at freetospeakblog.blogspot.com I would love to hear from you.

ciksyeqa said...

@shida.tq ya :D