Sunday, August 21, 2011

baju kurung dan uptown.

assalamualaikum :D

tetiba dapat idea nak mengarang.punya lah lama idea nak mari.terperap aje kat dalam kepala otak.hehehe.best tak alasan aku?

okeh2.kembali kepada tajuk utama.ini cerita 3 minggu lepas.lama kan?nak jugak cerita..ada satu malam tu aku dgn sahabat aku si AMOY berjalan jauh.dari perak ke KL.tujuan utama nak pergi sekolah dekat rawang nak ambil sijil SPM.so,bila pergi sekolah,kitorang pakai la baju kurung.segan lah nak pakai something yang sangat casual nak jumpa cikgu2 kan.agak lama lepak kat sekolah,kami pun nak tumpang rumah kawan kami dekat shah alam.naik komuter yang super lembab dan sampai shah alam lebih kurang pkul 10 malam.then,malam tu jugak kawan aku bawak kami berdua pergi uptown.tujuan utama,nak makan malam.ok,waktu itu kami masih lagi berbaju kurung.maka,tersebutlah al-kisah...

semasa kat uptown tu,kami terdengar suara2 sumbang..yang memerli apa yang kami pakai.baju kurung lengkap dengan bertudung.gadis melayu lah katakan.

dialog 1

penjual 1 : eh,malam ni ada kenduri arwah ke?*sambil tersengih.sinis.
penjual 2 : weyh,kenduri arwah malam esok la..

dialog 2

sedang aku membelek-belek seluar jeans yang di jual.

peniaga 1 : adik,kalau seluar pattern ni org pakai nak pergi clubing je.adik pergi clubbing ke?*senyum kambing.
peniaga 2 : hahaha*gelak perli

aku dan kawan aku hanya tersenyum.dalam hati aku,kantoi lah brader ni slalu clubbing..

dialog 3

aku dengar sekumpulan remaja lelaki bersembang dengan nada yang kuat.tujuan,memang nak bagi kami dengar.

lelaki 1 : ish3,tgk diorang..bagusnya..pergi uptown pakai baju kurung..
lelaki2 lain : manis dowh..*sambil ketawa berdekah-dekah.

sakit telinga aku.
-

-

-

-

selepas itu kami pulang.dan ya,sepanjang aku berada di situ,memang aku perasan ramai yang pandang kami dengan pandangan sinis.seolah-olah kami tidak berbaju.aku terfikir,kenapa kami yang berpakaian lengkap di pandang sebegitu rupa.kenapa pandangan yang sama tak di berikan kepada gadis2(mungkin) yang berpakaian tapi sama seperti telanjang.yang nampak segala lurah dendam.pelik.aku rasakan semacam aku berada di negara luar..padahal dah terang-terangan aku berada di negara sendiri.

aku rasa manusia yang semacam meraka lah yang menganggap mereka adalah golongan2 urban.pelik dunia sekarang.buat benda baik di pandang sinis.buat yang tak elok,buat macam tak ada apa yang jadi.dunia akhir zaman.



p/s : melayukah anda,
kalau nampak perempuan pergi uptown pakai baju kurung pun dah rasa pelik.

Wednesday, August 10, 2011

kitew dah cingle..*pengsan


assalamualaikum :)

bila dah bosan tak tahu nak buat apa ni, facebook dan twitter jadi medium untuk mengisi masa lapang.nak tulis blog,idea tersekat.kenapa aku pun tak tahu.mungkin sebab lama sangat duduk rumah,otak pun dah jadi beku.jadi,sepanjang pemerhatian aku di facebook,aku dah buat kajian sikit lah.*cheeeh.

ada 1 kejadian yang boleh buat aku gelak guling2 di bulan puasa ni.hehehe


ada adik2 ni (di ulangi ye adik2) yang mula menggelabah bila break up dgn balak boyfie mereka.tukar je status terus masuk group single sedunia.lepas tu dok buat ayat pasrah.


"tak de sape nak kat kite dah." (=,=')
"kenapa org tak percaya perempuan cantik tak de couple?"*yg ini memang tak boleh blah.mengaku diri sendiri cantik.


lepas tu post sampai 3 post dalam masa 1 jam dalam group yang sama.jadi faham lah aku akan tujuan adik2 ni sebenarnya.rupa2nya mereka nak bagitahu 1 dunia yang mereka dah available.jadi,lelaki2 hidung belang,lai2 masuk line.i dah available*pathetic!



wahai adik2.tak perlu lah sampai macam tu sekali.tak mati aih kalau tak de boypreng (bak kata amalina z. grice) akak2 pun tak sampai macam tu.tak kan nak sangat kawin dah kot dik..seluaq dalam pun ayah belikan lagi.baju sekolah pun ada 2 pasang. (ada kena mengena tak?) lagi 1,tak baik tau langkah bendul.bagi can la kat akak2 nagn abang2 dulu.ehem2.eh tak lah,aku tak maksudkan aku.hehehe.

yang buat aku gelak lagi bila ada lelaki2 pathetic yang turut komen post2 adik2 ni.

"yewkew cingle ni?xpew.sayew kn adew."*pengsan
"ne ade la..awak cantik la.comey je sy tgk"*pengsan bangun pengsan balik.

dah la adik2.belajaq bagi habis dulu.tak lari gunung di kejar.kalau Allah dah tetapkan jodoh kita tu,insyaallah satu hari nanti kita akan jumpa dgn soulmate kita.tak payah la sampai announce 1 dunia yang konon2 takde orang nak kat kita.nanti memang tak ada yang nak baru padan kan muka diri sendiri.so,berdoa la dari sekarang semoga kita semua bertemu jodoh yang baik2,beriman dan dapat jadi pasangan kita dunia dan akhirat..aminnnnn :)


p/s : maaf kalau terasa.
cuma nasihat dari manusia biasa :)



Wednesday, August 3, 2011

kronologi bulan ini.eh.bulan lepas.

assalamualaikum :)

sudah lama blog tercinta ini di biar terbengkalai.
terlalu byk kekangan utk aku menulis.
alhamdulillah hari ini semangat utk menulis kembali semula.

kronologi hidup aku sepanjang bulan lepas agak menarik.
menarik bagi aku tak pasti pulak menarik bagi korang.
aku cuba senaraikan supaya mudah di baca oleh anak cucu cicit dan bakal suami aku..ehem2.


15 julai 2011
keputusan upu keluar.alhamdulillah,ada juga rezeki aku utk ke universiti.walaupun apa yang aku hajati tak kesampaian.aku masih bersyukur.kerana bagi aku,Allah tahu apa yang terbaik utk kita.terima lah qada' dan qadar.
insyaallah,aku akan begelar mahasiswi Universiti Malaysia Perlis(UniMap),
ijazah sarjana muda(kepujian)kejuruteraan metalurgi.
doakan aku semoga jalan aku dan sahabat2 ku dipermudahkan.aminn.

23 julai 2001
hari ini aku tak lagi bergelar penduduk bagan serai.status aku berubah menjadi penduduk tetap perkampungan tersusun salak baru,sg siput(U).sayu nya hati nak meninggalkan sahabat2 yang aku kenal sejak zaman sekolah rendah lagi.tapi,hidup tetap kena teruskan.sampai 1 tahap nanti kita semua akan merantau juga.tak terucap terima kasih kepada semua yang membantu.kepada sahabat2 yang sanggup menghantar aku sampai ke rumah.yang sanggup membantu mengangakat dan memunggah barang2.syukran.korang lah sahabat aku dunia akhirat.baru sehari aku dah mula rindu kan bagan serai.tempat yang menyaksikan aku membesar.walau macam mana pun,aku dah berjanji dgn sahabat2 ku yang bagan serai akan tetap di hati :)

26-31 julai 20011
ok.kali ni aku berjalan sakan.penat gila.sampai tak cukup tidur.
salak>ipoh>pudu>ampang>rawang>shah alam>tg malim>kajang>bangi>putrajaya>kajang balik>ipoh>salak.
gila tak gila?

29-30 julai 2011
reunion bersama sahabat2 gadis phalanx .alhamdulillah.perancangan yang dilakukan hampir 2 bulan berhasil.malah berhasil dgn jayanya.2 hari yang sangat2 happy.hampir setahun lebih tak berkumpul,alhamdulillah kita dapat juga berkumpul.walaupun tak semua orang dapat datang tapi aku dah cukup puas.BBQ.masak sama2.kutip durian kat dusun.jalan2 kat kampung ambik angin pagi.mandi kat sungai bil.sembang sampai pukul 4 pagi.buat pulut.naik triton ayah iz.arghh.gonna miss those moments.terima kasih sahabat2 :)

30 julai 2011
innalillahiwainnalillahirajiun.mak nyah(mak cik yang sulung) telah kembali ke rahmatullah pada umur 50 tahun.arwah pergi secara mengejut.aku tak sempat nak balik untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.waktu aku terima berita ini,aku sedang bersesak-sesak dalam tren komuter pada waktu senja.terlalu banyak halangan untuk aku pulang ke kampung.ada juga rasa sesal.tapi yang pergi tetap akan pergi.kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.cuma doa dan yassin dapat aku hadiahkan buat mak nyah di sana.semoga mak nyah di tempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.amin.

1 ogos 2011
ramadhan tahun ini bermula.puasa pertama dengan tekak yang sakit mmg sangat mencabar.alhamdulillah semuanya berjalan lancar.berbuka puasa tanpa mama dgn ayah.mereka masih mencari rezeki di waktu ini.sayu rasanya.

itu sahaja buat masa ini.terlalu lama tak menulis sampikan rasa macam tak mahu berhenti pulak.tq ya sbb sudi baca. :)

p/s: salam ramadhan buat semua.
semoga ramadhan tahu ni lebih baik dari ramadhan yang lalu.
amin.