Sunday, August 21, 2011

baju kurung dan uptown.

assalamualaikum :D

tetiba dapat idea nak mengarang.punya lah lama idea nak mari.terperap aje kat dalam kepala otak.hehehe.best tak alasan aku?

okeh2.kembali kepada tajuk utama.ini cerita 3 minggu lepas.lama kan?nak jugak cerita..ada satu malam tu aku dgn sahabat aku si AMOY berjalan jauh.dari perak ke KL.tujuan utama nak pergi sekolah dekat rawang nak ambil sijil SPM.so,bila pergi sekolah,kitorang pakai la baju kurung.segan lah nak pakai something yang sangat casual nak jumpa cikgu2 kan.agak lama lepak kat sekolah,kami pun nak tumpang rumah kawan kami dekat shah alam.naik komuter yang super lembab dan sampai shah alam lebih kurang pkul 10 malam.then,malam tu jugak kawan aku bawak kami berdua pergi uptown.tujuan utama,nak makan malam.ok,waktu itu kami masih lagi berbaju kurung.maka,tersebutlah al-kisah...

semasa kat uptown tu,kami terdengar suara2 sumbang..yang memerli apa yang kami pakai.baju kurung lengkap dengan bertudung.gadis melayu lah katakan.

dialog 1

penjual 1 : eh,malam ni ada kenduri arwah ke?*sambil tersengih.sinis.
penjual 2 : weyh,kenduri arwah malam esok la..

dialog 2

sedang aku membelek-belek seluar jeans yang di jual.

peniaga 1 : adik,kalau seluar pattern ni org pakai nak pergi clubing je.adik pergi clubbing ke?*senyum kambing.
peniaga 2 : hahaha*gelak perli

aku dan kawan aku hanya tersenyum.dalam hati aku,kantoi lah brader ni slalu clubbing..

dialog 3

aku dengar sekumpulan remaja lelaki bersembang dengan nada yang kuat.tujuan,memang nak bagi kami dengar.

lelaki 1 : ish3,tgk diorang..bagusnya..pergi uptown pakai baju kurung..
lelaki2 lain : manis dowh..*sambil ketawa berdekah-dekah.

sakit telinga aku.
-

-

-

-

selepas itu kami pulang.dan ya,sepanjang aku berada di situ,memang aku perasan ramai yang pandang kami dengan pandangan sinis.seolah-olah kami tidak berbaju.aku terfikir,kenapa kami yang berpakaian lengkap di pandang sebegitu rupa.kenapa pandangan yang sama tak di berikan kepada gadis2(mungkin) yang berpakaian tapi sama seperti telanjang.yang nampak segala lurah dendam.pelik.aku rasakan semacam aku berada di negara luar..padahal dah terang-terangan aku berada di negara sendiri.

aku rasa manusia yang semacam meraka lah yang menganggap mereka adalah golongan2 urban.pelik dunia sekarang.buat benda baik di pandang sinis.buat yang tak elok,buat macam tak ada apa yang jadi.dunia akhir zaman.



p/s : melayukah anda,
kalau nampak perempuan pergi uptown pakai baju kurung pun dah rasa pelik.

9 comments:

amlnafrhn said...

okay serius mcm bangang.
apadahal pakai baju kurung pun nak pelik.
korang duduk mana dohhhhhhh? orang dkt sini pun, bila pakai baju kurung diorang ckp manis je. tp dekat malaysia, kutuk. bangangnyaaaaaa!

NOR NADIA MOHD KHAIROJI said...

isk3.nak kena backhand kah mulut2 masin tu?

ciksyeqa said...

@nome : tu la pasal..nasib baik aku sabar.btw,kalau org UK suka org pkai baju kurung,pos sorang kat sini.mekasih.

ciksyeqa said...

@yaya : tu la paseinyeee..saor je laa

ateynmiera said...

huiii.ayu kot pakai baju kurung..apoodaahh!mulut xde insurans laaa..=/

ciksyeqa said...

@delap : hahaha..biarlah diorang...golongan2 urban.

Eeqa said...

sumpah rasa na lempang pipi sorang sorang . nasib bek bukan muhrim. =,=

ciksyeqa said...

@amoy : sabar moy..kita senyum je laa..hehehe

pyejal said...

back tu basic..