Wednesday, February 15, 2012

review


assalamualaikum :)

terlalu lama aku biarkan medan ini terbengkalai.terlalu lama aku biarkan jari ini berehat.cadangnya nak ikut macam zack zukhairi tak nak update lama-lama.tapi takut ada orang rindu pulak.whoops.siapakah?mungkin anda lah orang itu.oh tak ye??perasannya...tapi sekarang zack zukhairi dah update blog beliau.maka lebarlah senyuman aku di sini.

sudah syafiqa.jangan nak merepek banyak sangat.cuma sekarang ni aku nak kongsi filem2 favourite aku setakat ini..review sikit lah.macam blog hiburan gituwww..agak2 boleh kalahkan beautifulnara tak?kahkahkah.

1. The Pursuit of Happyness.
this film is based on true story.mengisahkan tentang seorang ayah yang di tinggalkan isteri semasa dia susah sangat2.duit tak ada langsung dalam poket dan dia perlu menjaga anak dia dengan keadaan tak berumah,tak bekerja,tak berduit.sampaikan ada satu hari diorang terpaksa tidur dekat dalam toilet subway.bukan subway fast food tu.subway keretapi bawah tanah tu.sedih sangat cerita ni.banyak sangat bagi inspiration dekat aku supaya jangan give up.


2. Laskar Pelangi
cerita ni pun super best.based on true story.menceritakan tentang 10 orang budak miskin dekat perkampungan belitong,indonesia.masing2 ada cerita sendiri.macam mana mereka belajar di sekolah yang sangat2 daif.tak ada peruntukan.tapi semangat mereka sangat2 mengagumkan.semangat nak belajar.nak tahu ilmu dunia akhirat.tak bersaing nak tentukan sesiapa lebih pandai,tapi membantu biar semua sama2 pintar.thumbs up!



3. 3 Idiots

movie ni aku agak yakin yang dah ramai tengok kan??well,movie ni menceritakan macam mana sistem pendidikan sekarang yang mengongkong minda pelajar.si amir khan yang hensem ni selaku hero dalam cerita ni betul2 awesome.belajar untuk faham,dapatkan ilmu.bukan untuk dapat nombor satu.cerita ni funny dan aplikasi sains dalam cerita ni jugak mantap.ilmu tu penting.tapi,aplikasikannya lagi penting.All iz well :)



4. One Litre of Tears(Japan)

"Why did the disease choose me? I cannot carry it, if it’s just for the word 'fate'".
walaupun cerita ini termasuk dalam kategori drama,tapi tak kira..nak review jugak.cerita ni based on true story.tentang seorang gadis 15 tahun yang sangat energetik,ceria dan kuat.tapi terpaksa melawan penyakit yang sangat serius.penyakit Spinocerebellar Degeneration Disease yang menyebabkan keupayaan dia hilang sikit demi sikit.sampai dia cuma mampu terlantar sahaja.macam mana dia harus lupakan minat dia dan cita2 dia kerana penyakit ni. teramat lah sedih cerita ni sampaikan aku menangis tersedu-sedu.serious tak tipu.



setakat ini sajalah review kita untuk pagi ini.sekadar perkongsian.tak perlu sangat cerita cintan-cintun ni.cerita macam di atas lagi banyak bagi kekuatan.bila aku down,aku akan tengok salah satu cerita2 tu.serious sangat membantu.hehe.dengan ini,tamatlah nukilan saya.maaf kalau tersilap kata terkasar bahasa.terima kasih daun keladi.


p/s: idamkan yang lebih baik?
tontonlah sendiri :)

No comments: