Assalamualaikum :)
#ihsan google
Dah lama aku perhatikan. Manusia ni memang tak boleh di nilai dari luaran. Aku mengaku, dulu aku memang jenis yang perhatikan orang, lepas tu terus judge orang tu sendiri. Tanpa aku kenal siapa orang tu sebenarnya. tak baiknya aku menghukum orang kan?
Tapi, lepas beberapa situasi yang berlaku, aku sedar, kita kena bersangka baik. tak semestinya appearance seseorang tu melambangkan baik buruk hati dia kan?
Situasi pertama, berlaku dalam bas. ada sepasang couple ni naik bas ni. yang si lelaki ni bertindik bagai. lepas tu ada seorang lelaki muda berkopiah. mula2 pandang memang kita akan rasa macam budak lelaki yg bertindik tu nakal. But then, ada seorang mak cik tua ni naik bas. seat semua dah penuh. Aku ingatkan lelaki berkopiah tadi yang akan bagi mak cik ni duduk. tapi dia buat tak nampak je. tiba2 lelaki yang bertindik bagai ni bangun then, bagi seat dia kat mak cik tu. Padahal kedudukan dia dengan mak cik tu tak de lah dekat sangat. Aku tersenyum.
Situasi ke dua pun berlaku dekat dalam bas. waktu tu yang duduk sebelah aku ni adalah seorang pakcik yang agak selekeh. mula2 aku ingat pakcik ni jenis yang suka meminta-minta. tetiba keluar lah Blackberry Torch dari poket dia. siap sembang pasal bisness on the phone.malunya aku.. pandai2 sangat nak judge orang kan?padan muka. Aku tersenyum lagi.
Lepas dua situasi ni, aku tergelak sendiri dalam hati. ye la, takkan nak gelak kuat2 sorang2 pulak kan? karang tak pasal orang jerit, "keluar kau dari badan budak ni." Haha. siapa lah kita nak menghakimi seseorang melalui pakaian dia kan? siapa la kita ni sampai dah pandai sangat nak nilai hati budi seseorang kan?
Bersangka baiklah wahai sahabat2ku. InsyaAllah kita akan tersenyum gembira :)
“...dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik al-Hakim (Penghukum) antara yang menghukum.” (Yusuf:80)
1 comment:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment