assalamualaikum :)
disebabkan buat math tapi tak dapat selesaikan masalah itu.
aku mengambil keputusan utk mengupdate blog.
mana tahu waktu mencurahkan idea ke blog,
idea math aku turut serta mencurah..hehehe
di sini aku nak bincangkan betapa pentingnya semangat bersatu dalam sesuatu kepimpinan.
ketua dan penolongnya mesti lah mempunyai keputusan yang sama.
macam mana nak dapat keputusan yang sama?
dengan adakan perbincangan secara berhemah.
bila ketua dan penolong tidak sependapat.
yang menjadi mangsa adalah anak buah.
cuba nak menjaga hati kedua-dua belah pihak.
aku bukan lah seorang yang bagus memimpin.
cuma aku punya pengalaman memimpin selama bertahun lamanya.
macam2 situasi yang aku sudah tempuh..
termasuklah situasi ini.
solusi yang terbaik adalah dengan mengadakan perbincangan secara profesional.
bukan dengan cara emosional.
aku tidak menuding jari kepada sesiapa.
tapi ini cuma pandangan dan pendapat aku.
jangan ikut kepala sendiri.
jangan ikut emosi sendiri.
ikut pendapat ramai.
ikut kesan jangka masa panjang dengan keputusan yang bakal kita buat.
ambil kira juga perasaan anak-anak buah.
barulah sesuatu organisasi itu akan mantap :)
maaf kalau entri ini membuat sesiapa terasa.
bukan niat untuk membuat sesiapa terasa.
bukan niat juga untuk menegur sesiapa.
cuma aku rasa di blog ini sahaja aku boleh utarakan pendapat aku.
tanpa ada pengaruh dari sesiapa.
dan supaya aku boleh belajar dari situasi ini :)
p/s : i need a natural condition.
seriously.