Wednesday, August 3, 2011

kronologi bulan ini.eh.bulan lepas.

assalamualaikum :)

sudah lama blog tercinta ini di biar terbengkalai.
terlalu byk kekangan utk aku menulis.
alhamdulillah hari ini semangat utk menulis kembali semula.

kronologi hidup aku sepanjang bulan lepas agak menarik.
menarik bagi aku tak pasti pulak menarik bagi korang.
aku cuba senaraikan supaya mudah di baca oleh anak cucu cicit dan bakal suami aku..ehem2.


15 julai 2011
keputusan upu keluar.alhamdulillah,ada juga rezeki aku utk ke universiti.walaupun apa yang aku hajati tak kesampaian.aku masih bersyukur.kerana bagi aku,Allah tahu apa yang terbaik utk kita.terima lah qada' dan qadar.
insyaallah,aku akan begelar mahasiswi Universiti Malaysia Perlis(UniMap),
ijazah sarjana muda(kepujian)kejuruteraan metalurgi.
doakan aku semoga jalan aku dan sahabat2 ku dipermudahkan.aminn.

23 julai 2001
hari ini aku tak lagi bergelar penduduk bagan serai.status aku berubah menjadi penduduk tetap perkampungan tersusun salak baru,sg siput(U).sayu nya hati nak meninggalkan sahabat2 yang aku kenal sejak zaman sekolah rendah lagi.tapi,hidup tetap kena teruskan.sampai 1 tahap nanti kita semua akan merantau juga.tak terucap terima kasih kepada semua yang membantu.kepada sahabat2 yang sanggup menghantar aku sampai ke rumah.yang sanggup membantu mengangakat dan memunggah barang2.syukran.korang lah sahabat aku dunia akhirat.baru sehari aku dah mula rindu kan bagan serai.tempat yang menyaksikan aku membesar.walau macam mana pun,aku dah berjanji dgn sahabat2 ku yang bagan serai akan tetap di hati :)

26-31 julai 20011
ok.kali ni aku berjalan sakan.penat gila.sampai tak cukup tidur.
salak>ipoh>pudu>ampang>rawang>shah alam>tg malim>kajang>bangi>putrajaya>kajang balik>ipoh>salak.
gila tak gila?

29-30 julai 2011
reunion bersama sahabat2 gadis phalanx .alhamdulillah.perancangan yang dilakukan hampir 2 bulan berhasil.malah berhasil dgn jayanya.2 hari yang sangat2 happy.hampir setahun lebih tak berkumpul,alhamdulillah kita dapat juga berkumpul.walaupun tak semua orang dapat datang tapi aku dah cukup puas.BBQ.masak sama2.kutip durian kat dusun.jalan2 kat kampung ambik angin pagi.mandi kat sungai bil.sembang sampai pukul 4 pagi.buat pulut.naik triton ayah iz.arghh.gonna miss those moments.terima kasih sahabat2 :)

30 julai 2011
innalillahiwainnalillahirajiun.mak nyah(mak cik yang sulung) telah kembali ke rahmatullah pada umur 50 tahun.arwah pergi secara mengejut.aku tak sempat nak balik untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.waktu aku terima berita ini,aku sedang bersesak-sesak dalam tren komuter pada waktu senja.terlalu banyak halangan untuk aku pulang ke kampung.ada juga rasa sesal.tapi yang pergi tetap akan pergi.kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.cuma doa dan yassin dapat aku hadiahkan buat mak nyah di sana.semoga mak nyah di tempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.amin.

1 ogos 2011
ramadhan tahun ini bermula.puasa pertama dengan tekak yang sakit mmg sangat mencabar.alhamdulillah semuanya berjalan lancar.berbuka puasa tanpa mama dgn ayah.mereka masih mencari rezeki di waktu ini.sayu rasanya.

itu sahaja buat masa ini.terlalu lama tak menulis sampikan rasa macam tak mahu berhenti pulak.tq ya sbb sudi baca. :)

p/s: salam ramadhan buat semua.
semoga ramadhan tahu ni lebih baik dari ramadhan yang lalu.
amin.

5 comments:

ateynmiera said...

hope all the moment will not forgotten =)
love u laahh nyahhh!!

ciksyeqa said...

love u too dearie :)

Ash Burn said...

tahniah dapat sambung belajar

jgn lupa follow saya di kekbatikcoklat.blogspot.com :)

Ash Burn said...

tahniah dapat sambung belajar

jgn lupa follow saya di kekbatikcoklat.blogspot.com :)

ciksyeqa said...

thans ash :)