Thursday, June 30, 2011

kerinduan ini

kerinduan ini

rasa itu,
seringkali mencengkam penjuru hati,
kerinduan pada kekasihMu Ya Rabbi,
Hanya Kau yang mengerti,
rindu dendam di sanubari ini.

KepadaMu Ya Rabb,
Doaku padaMu,
Moga ditenangkan hati ini,
Setenang air di tepian kali.

Semoga kerinduan ini,
menjadi syafaat di penghujung hari.
untukku bertemu denganmu di akhirat nanti.
Ya Muhammad s.a.w kekasih hati.



ciksyeqa,
27 Rejab 1432H,
2100 pm,
bagan serai,perak.

Sunday, June 26, 2011

Mohonlah Kepada ALLAH :)

assalamualaikum :)



pengalaman sebelum ini banak mengajar aku.jatuh bangun jatuh kembali buat aku sedar betapa pentingnya semangat yang tinggi..kerana bagi aku bila kita jatuh,itu tak bermakna kita gagal.tapi itu adalah satu ujian dalam perjalanan kita menuju kejayaan..kegagalan yang sebenar adalah bila kita berputus asa..berputus asa tu sama la macam kita putus harapan dengan ALLAH..sebab kita tak percaya dengan ketentuanNya.kita tak usaha nak mintak pertolongan daripadaNya..sedangkan ALLAH itu sangat sayang kan hambaNya yang meminta pertolongan drpdNya.


firman ALLAH s.w.t. :


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ{60}غافر

Maksudnya:Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah al-Ghafir:60)


dan yang paling penting sekali.jangan la skali-kali kita memohon pertolongan drpd makhluk lain.paling penting sekali,jangan kita percaya perkara2 khurafat.kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri,sakit hati dgn orang lain,hantar santau.agak2 rasa nak muka cantik berseri,pakai susuk.nak kaya,bela toyol..nauzubillah min zaliq..mintak2 dijauhkan..usaha la untuk dapatkan apa yang kita mahu.kalau dah usaha,doa kemudian tawakkal..insyAllah,kejayaan milik kita 1 hari nanti :)



sekadar perkongsian bersama.sebagai peringatan buat diri sendiri dan para sahabat.



p/s : Happy birthday Syazwan si couzie :)

Saturday, June 25, 2011

aku ke rusia.eh tak lah.yaya dan adeeb ke rusia.





assalamualaikum :)


entri kali ini di tuju khas utk yaya and adeeb.
yang akan berangkat ke rusia malam ni.
nak buat video utk korang aku tak berapa nak reti.
nasib baik maher dah buat..
tulis blog pun jadi la kan :)
semoga selamat pergi dan selamat pulang.
kami semua doakan korang.


semoga berjaya dunia akhirat.
jadi engineer yg beriman,insyaAllah.
bi taufiq wannajah.
good luck in your future undertaking.
i love both of you and of course all phalanxer.
jangan lupa kami kat malaysia eh.
insyaAllah kami semua pun tak lupa korang.




gonna miss both of u damn much.yaya.adeeb.


_______________________________________________________


ini jamuan raya time form5.rinduuuu



ini kalau tak silap last tarawikh dkt sepintar.rinduuuu



ini time pagi spm.panjat bukit lah konon.rinduuuu




warghhh...dah setahun lebih tak jumpa korang.
siapla nanti kalau jumpa aku peluk cium sorang2.
hehehe.




p/s : yaya dgn adeeb jgn lupa.
takkan melayu hilang di dunia.
so,kalau ada jejaka rusia yang kacak tu,
jgn cayaq na..hehehe

Sunday, June 12, 2011

i think i'm fallin for u ;)






assalamualaikum :)


kali ni sumpah aku rasa aku dah jatuh cinta..jatuh cinta pandang pertama..cinta mekar untuk selama-lamanya..*ok geli..haha..mencintai MEREKA buat aku jadi gembira..oh TOM and JERRY..




boyfriend pertama si tom.





boyfriend ke-2 si jerry.






jgn risau..saya sayang awk berdua sama rata :)





eh3..kejap..saya jumpa gambar awak berdua time baby la..tak pakai baju lagi..malu la..hehehe.
tapi.awak berdua tetap cute.





baru saya ingat..awak suruh upload gambar kita dating semalam kan..
gambar saya dgn awak..*blushing
tapi ini gambar saya dgn jerry je..takpe.nnt saya ambik gambar dengan awak pulak ye tom.
jgn risau,saya sayang awk jugak :)




p/s : actually.aku sendiri pun tak pasti dua boyfriend aku ni jantan ke betina.
tibai je la kan?hehehe

Thursday, June 9, 2011

Ampuni Aku


assalamualaikum :)

terlalu berat rasanya nak ditanggung.
sedar tak sedar,
banyak kesilapan dan dosa yang dah aku lakukan.
YA ALLAH.
bantulah hamba-Mu.
semoga aku di beri kudrat dan kekuatan.
untuk meraih kembali redha-Mu :'(
aminn.