Saturday, November 19, 2011

Untuk Kita Semua yang Tak Sempurna


assalamualaikum :)


aku terfikir.kenapa ramai yang terlalu mencari kesempurnaan?padahal masing-masing tahu tak akan ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.yang lelaki,kalau nak gf nak yang lawa,pandai masak,body solid, semua la..kalau yang perempuan pulak nak bf yang hensem,bergaya,kaya,badan tough,jambu*errrr..pelik kan?taste nak tinggi je.sedangkan diri kita pun dah memang tak sempurna.


well people,tahukah anda ketidaksempurnaan(tak pasti ejaan) itu selalu nya membawa kebahagiaan.contoh,kalau gf or wife awak kurang lawa dari model2 hot lagi bagus,tak payah la awak nak jeles-jeles orang lain nak pandang orang yang tersayang tu.kalau si bf or husband awak tak sekaya VVIP pun ok.sekurang-kurangnya tak ada la perempuan-perempuan pisau cukur yang terhegeh-hegeh nak mengikis si dia.dapat tak apa yang apa aku nak cakap ni?faham kan?bagus...nah seposen.


so kesimpulannya,if you love someone,accept him/her for who they are.tak perlu lah nak mencari kesempurnaan kerana diri kita pun tak sempurna.so chill jejaka2 dan gadis2 yang merasakan diri mereka tidak sempurna.ingat lah bahawa sesungguhnya Allah telah jadikan manusia ini sebaik-baik kejadian.so,dont worry my dear.ALL IS WELL :)




p/s : kita mungkin tak akan jadi sempurna,
tapi sekurang-kurangnya kita perlu berusaha kan.
bukan untuk dapatkan kesempurnaan,
tetapi untuk dapatkan kejayaan :)

Wednesday, November 16, 2011

Bahagia

bahagia itu mudah di temui,
kalau Yang Hakiki itu terutama di hati.

tak perlu semai rasa benci,
kelak bahagia akan berlalu pergi.

lupakan masa silam mu,
jika jahil adalah isinya.
padam semua masa lampau mu,
jika kegelapan menyelubunginya.

biar masa mu kini penuh dengan keinsafan,
biar masa depan mu nanti penuh dengan kejayaan,
pasti kebahagiaan itu sendiri,
akan menerpa di pintu kehidupan.


ciksyeqa
16112011
1013
wang ulu,perlis.

Sunday, November 13, 2011

Di sebalik

walau mulut lincah berkata-kata,
walau bibir lancar mengukir senyuman,
sebenarnya ketika itu hati parah terluka.

bukan menipu,
bukan hipokrit bak kata mereka,
cuma mendidik hati untuk lupakan segala.




ciksyeqa
131112
0343
salak baru,perak

Friday, October 28, 2011

5 sebab kenapa hubungan jarak jauh lebih baik


assalamualaikum :)





doodle google



nak bagi 5 sebab kenapa hubungan jarak jauh lebih baik:





1>hati makin lama makin sayang.ye kot.




2>tak berjumpa(date),tiada maksiat.




3>pupuk rasa percaya antara satu sama lain.




4>jimat duit sebab tak keluar selalu.keh3




5>paling penting,dapat tgk kesetiaan pasangan kita :)




p/s:ini pendapat aku sahaja ok gadis cantik dan jejaka kacak sekalian.

Thursday, October 27, 2011

setelah hampir 2 bulan.

assalamualaikum :)


lama betul tak update blog kan.sebenarnya rasa sedih sesangat sebab dekat kolej aku pakai cable sahaja dan line tak cukup kuat untuk aku post entri yang baru pun.sadis jugak la hidup aku.wuwuwu.maka di sebab kan itu,aku dah tak update blog hampir 2 bulan.so,sorry for those yang tunggu entri terbaru aku*ceeewahhh-ada-ke???hahaha.dah senyap.


ok.entri kali ni nak kenalkan korang dengan kehidupan aku sekarang..walaupun agak lambat,tapi tak kira,nak cerita jugak.grrrrr.bukan salah aku ok.


alhamdulillah hidup aku bahagia sekarang.walaupun aku tak dapat apa yang aku nak,tapi Allah bagi yang terbaik untuk aku.syukur.dapat roommate baik2.classmates pun baik2.driver bas pun baik2.lecturer pun baik2.mak lampir pun baik.hehe.



kolej aku aku terletak di penghujung Malaysia.nama pun dekat wang ulu..maka memang ulu la kan.tapi aku suka sebab view kat situ memang sangat cantik.macam dalam cerita nur kasih.cantik.tenang je.




yang tepi tu kolej kediaman aku.belakang tu BUKIT ok.
blok aku yg paling HUJUNG.kurus la jalan jauh2.
abaikan budak berbaju biru tu.


cantik kan?orang kata belakang bukit tu thailand.
org la kata..aku pun tak sure.



nah,selamat berkenalan dengan orang2 sekeliling aku pulak ye..bagi gambar pun cukup la kan.taip panjang2 pun bukan korang nak baca.siapa la aku ni kaaaannnn...



schoolmates merangkap kekasih2 hati 1.





schoolmates merangkap kekasih hati 2.

*dua gambar di atas ni di ambil semasa menunggu bas.
kalau nasib tak berapa nak baik kami terpaksa menunggu bas sehingga 2 JAM.
takpe2..melatih diri untuk bersabar.










yang ini pulak roommates aku merangkap classmates,kakak,BFF,
semua la skali.dah macam belangkas dah kami.
*kena paksa cerita pasal dia kat blog.grrrr




untuk hari ni,cukup lah setakat ni je.malas pulak nak tulis panjang lebar.tu la.dah lama sangat tak menulis kan..jadi cenggini la.aish.


p/s: esok update lagi.
nak balas dendam.hehe.