Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah :) 1432H






assalamualaikum :)




hari ini masuk 1 muharram 1432H..
bersamaan 7.12.2010..
umat Islam bersama-sama menyambut maal hijrah..
alhamdulillah,
kita semua masih lagi boleh bernafas di bumi ALLAH ni..




okeh2..hari ni kita akan bercakap mengenai maal hijrah..
hijrah berlaku apabila NABI MUHAMMAD s.a.w berhijrah dengan kaum muhajirin..
dari kota makkah ke kota madinah..
perpindahan ni berlaku selepas Rasulullah menerima wahyu dari ALLAH s.w.t..
sahabat2 mesti tau kan...
almaklumlah..memang dari kecik lagi kite dh diajar oleh mak bapak..
dan guru2 kita mcm mana sejarah berlakunya peristiwa hijrah kan?
ini ada tafsir AL-QURAN mengenai hijrah..


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian berhijrah serta berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Anfal: 72-75).





bagi kita generasi alaf baru ni..
hijrah bukan lah bermakna sekadar pindah dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain..
konteks sebenar hijrah ni sebenarnya lebih meluas..
iaitu..
kita perlu lah berubah atau berhijrah daripada sesuatu yg buruk kepada yang baik,
dan dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik...
bukan sekadar syok2 sbb esok cuti umum kan???
*lecturer dah pesan suh siapkan assignment(-_-")




kita dapat perhatikan,
remaja2 islam kita lebih naik syekh bila menyambut NEW YEAR dgn berpeleseran
kt konsert2 x pn kt mane2 je lah..
bila sampai maal hijrah..
mmg susah nk nmpk btg hidung kat masjid..
walaupun sekadar nak baca doa awal tahun dan akhir tahun pun payah bebebo.
ada jugak yang x tahu wujudnya doa2 tersebut..
ish3
*sekali lagi menasihatkan diri sendiri dan sahabat2.



jadi...sahabat2 ku..
mari lah kita sama2 memartabatkan kembali sambutan maal hijrah di bumi Malaysia ini..
bukan hanya di masjid ataupun di surau sahaja..
jangan samapai satu hari nanti,
generasi baru kita sampai x tahu kewujudan maal hijrah..
kita la yang perlu memupuk semangat maal hijrah dalam diri,keluarga dan bakal anak2 kita nanti :)




akhir kalam,
salam maal hijrah..
mulakan tahun baru ini dengan azam dan ruh yang baru.
*saya suka daging unta..nyummy





INSYAALLAH :)





2 comments:

fairuz.fairuz said...

oke2 salam maal hijrah.
brubah kepada yg lebih tembam ye syeqa

syeqa[lah!] said...

lebih tembam 2 lebih baik ke peyuzz??
hahahahah :D