Sunday, April 10, 2011

haq~



assalamualaikum :)

bercerita mengenai hak.
bukanlah filem haq yang macam tak ada hala tuju tu.
ceritanya begini.



setiap orang ada hak masing-masing.
nak suka apa.
tak nak suka apa.
itu hak kita kan.
so,tak perlulah orang lain nak caci maki kita punya minat kan?

contoh :

pak abu : aku minat betul cerita otomen
pak mat : kamu ni abu dah tua-tua pun tengok lagi cerita macam tu.
kamu tahu tak cerita tu bla bla bla...

kesian si pak abu..
well,itu minat dia.
tak perlulah pak mat nak memperkecil-kecilkan dia.
entah-entah waktu cucu dia tengok otomen,
dia pun curi-curi tengok.
saja tak nak mengaku.
nak jaga standard la tu..hehehe

ada jugak yang cakap macam ni.

leha : aku x suka la kamu pkai tudung warna merah.nampak macam bla bla bla.
tipah : tapi aku selesa.siap tutup aurat lagi.
leha : ahh..tetap nampak buruk jugak.

kesian jugak si tipah ni.
kalau tak suka tegur cara berhemah.
ni tak.si leha ni kasar bebeno.
kesian tipah tacing..

TAPI!

kalau situasinya macam ni,

pak akob : awok suke beno le pegi kela dangdut..anak dare kat sana semue pergh..
pak cot : ape kejadahnye kamu ke sane?tak ingat anak bini ke?

yang ini bukan lagi hak namanya.
ini namanya nafsu pak akob oi.
syabas di ucapkan kepada pak cot kerana menasihati pak akob.

tak pun macam ni.

melati : melur,jom shopping.aku nak beli mini skirt la.
melur : uish.mini skirt?mana boleh pakai melati.nanti nganga pulak ayah kau.

nampak tak perbezaannya??
menasihat dengan mengkritik tu berbeza.
bila pak akob dengan melati buat macam tu.
mereka dah lupa hak ALLAH dengan mereka.
faham tak?
benda tu dah bukan jadi hak mereka.
semua tu nafsu.

itu saja lah yang aku nak berceloteh.
tiba-tiba dalam kesibukan pspm rasa nak menulis.
hehehe.
anyway,wish me luck ye :)


oh ya,
sekarang aku sedang menggilai kartun 3D comel gila ni.

boboiBoy buatan Malaysia.MALAYSIA BOLEH!



p/s : nama watak2 di atas tiada kaitan dengan sesiapa.
sama ada yang masih hidup mahupun
sudah meninggal duna :)

2 comments:

Anonymous said...

sheqa , awak hak aku ! HHAHA

ciksyeqa said...

ok menyampahnya aiman..hahaha