Thursday, June 30, 2011

kerinduan ini

kerinduan ini

rasa itu,
seringkali mencengkam penjuru hati,
kerinduan pada kekasihMu Ya Rabbi,
Hanya Kau yang mengerti,
rindu dendam di sanubari ini.

KepadaMu Ya Rabb,
Doaku padaMu,
Moga ditenangkan hati ini,
Setenang air di tepian kali.

Semoga kerinduan ini,
menjadi syafaat di penghujung hari.
untukku bertemu denganmu di akhirat nanti.
Ya Muhammad s.a.w kekasih hati.



ciksyeqa,
27 Rejab 1432H,
2100 pm,
bagan serai,perak.

Sunday, June 26, 2011

Mohonlah Kepada ALLAH :)

assalamualaikum :)



pengalaman sebelum ini banak mengajar aku.jatuh bangun jatuh kembali buat aku sedar betapa pentingnya semangat yang tinggi..kerana bagi aku bila kita jatuh,itu tak bermakna kita gagal.tapi itu adalah satu ujian dalam perjalanan kita menuju kejayaan..kegagalan yang sebenar adalah bila kita berputus asa..berputus asa tu sama la macam kita putus harapan dengan ALLAH..sebab kita tak percaya dengan ketentuanNya.kita tak usaha nak mintak pertolongan daripadaNya..sedangkan ALLAH itu sangat sayang kan hambaNya yang meminta pertolongan drpdNya.


firman ALLAH s.w.t. :


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ{60}غافر

Maksudnya:Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah al-Ghafir:60)


dan yang paling penting sekali.jangan la skali-kali kita memohon pertolongan drpd makhluk lain.paling penting sekali,jangan kita percaya perkara2 khurafat.kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri,sakit hati dgn orang lain,hantar santau.agak2 rasa nak muka cantik berseri,pakai susuk.nak kaya,bela toyol..nauzubillah min zaliq..mintak2 dijauhkan..usaha la untuk dapatkan apa yang kita mahu.kalau dah usaha,doa kemudian tawakkal..insyAllah,kejayaan milik kita 1 hari nanti :)



sekadar perkongsian bersama.sebagai peringatan buat diri sendiri dan para sahabat.



p/s : Happy birthday Syazwan si couzie :)

Saturday, June 25, 2011

aku ke rusia.eh tak lah.yaya dan adeeb ke rusia.





assalamualaikum :)


entri kali ini di tuju khas utk yaya and adeeb.
yang akan berangkat ke rusia malam ni.
nak buat video utk korang aku tak berapa nak reti.
nasib baik maher dah buat..
tulis blog pun jadi la kan :)
semoga selamat pergi dan selamat pulang.
kami semua doakan korang.


semoga berjaya dunia akhirat.
jadi engineer yg beriman,insyaAllah.
bi taufiq wannajah.
good luck in your future undertaking.
i love both of you and of course all phalanxer.
jangan lupa kami kat malaysia eh.
insyaAllah kami semua pun tak lupa korang.




gonna miss both of u damn much.yaya.adeeb.


_______________________________________________________


ini jamuan raya time form5.rinduuuu



ini kalau tak silap last tarawikh dkt sepintar.rinduuuu



ini time pagi spm.panjat bukit lah konon.rinduuuu




warghhh...dah setahun lebih tak jumpa korang.
siapla nanti kalau jumpa aku peluk cium sorang2.
hehehe.




p/s : yaya dgn adeeb jgn lupa.
takkan melayu hilang di dunia.
so,kalau ada jejaka rusia yang kacak tu,
jgn cayaq na..hehehe

Sunday, June 12, 2011

i think i'm fallin for u ;)






assalamualaikum :)


kali ni sumpah aku rasa aku dah jatuh cinta..jatuh cinta pandang pertama..cinta mekar untuk selama-lamanya..*ok geli..haha..mencintai MEREKA buat aku jadi gembira..oh TOM and JERRY..




boyfriend pertama si tom.





boyfriend ke-2 si jerry.






jgn risau..saya sayang awk berdua sama rata :)





eh3..kejap..saya jumpa gambar awak berdua time baby la..tak pakai baju lagi..malu la..hehehe.
tapi.awak berdua tetap cute.





baru saya ingat..awak suruh upload gambar kita dating semalam kan..
gambar saya dgn awak..*blushing
tapi ini gambar saya dgn jerry je..takpe.nnt saya ambik gambar dengan awak pulak ye tom.
jgn risau,saya sayang awk jugak :)




p/s : actually.aku sendiri pun tak pasti dua boyfriend aku ni jantan ke betina.
tibai je la kan?hehehe

Thursday, June 9, 2011

Ampuni Aku


assalamualaikum :)

terlalu berat rasanya nak ditanggung.
sedar tak sedar,
banyak kesilapan dan dosa yang dah aku lakukan.
YA ALLAH.
bantulah hamba-Mu.
semoga aku di beri kudrat dan kekuatan.
untuk meraih kembali redha-Mu :'(
aminn.


Monday, June 6, 2011

teka -teki 3 tahun.layan sajalah..


assalamualaikum :)


sudah lama rasanya tak balik ke kampung.hampir sebulan.lama la tu kan?rindu oi dekat semua orang.walaupun tak semua adik beradik dapat berkumpul..tapi masih lagi dapat rasa kemeriahan tu.cuba bayangkan kalau raya..bila semua orang berkumpul,memang kecoh gila.sampai satu tahap aku dah tak larat nak layan cousin2 aku.al maklumlah..semua kecik2.haha..nasib baik aku ni loving.hehe..*puji diri sendiri kejap.


main teka-teki dgn adik saudara aku..belum sempat kami bagi jawapan dia dah tolong jawab kan..nice sgt lah macam tu.hahaha..
*ini bkn teka-teki budak tu.


antara teka-tekinya :


1. ada 3 warna,dia boleh control orang.

2.ada bilah.bila tekan dia sejuk.

3.waktu muda dia pakai baju hijau.bila tua dia pakai baju merah.


haa....jawab2..aku tahu senang gila..tapi ok la bagi budak 3 tahun..nak bagi seronok hati dia,aku buat2 la tak tahu nak jawab.hehe.korang tahu tak jawapan soalan tu?ok..memang kelakar kalau korang tak tahu..oklah..aku bagi jawapan.

1.of course la traffic light.
*bila bagi jawapan lampu isyarat budak tu kata salah =,='

2.kipas..

3.cili oi...hahahah


tapi paling aku tak tahan bila diorang semua jadikan aku sebagai mekanisma*ceeehhh utk di buat teka-teki.haish!


soalannya : macam mana nak jadikan kak ika pandai berenang??










jawapan : tambah huruf N dkt belakang..so that nnt jadi ikaN..haiyooo (-____-')




apa2 pun,saya sayang family saya..xoxo from me :)



p/s : Happy Birthday Fahrul and Faizal my couzie :)

Friday, June 3, 2011

kenangan itu :)





assalamualaikum :)


jangan marah ye..
dah lama tak update..
tak ada alasan pun nak bagi.hehe



alhamdulillah.last sunday aku interview untuk ijazah sarjana muda pendidikan dekat UTM skudai.well,jangan tanya kenapa jauh sangat aku menjelajah sampai ke selatan semenanjung just untuk interview tu..naik bas 7 jam nak ke skudai..sumpah kalau tambah lagi sejam dah memang patah dah pinggang aku ni..hiperbola kan??hohoho..interview berjalan dgn sgt lancar.tp yg spoilnya bila last2 interviewer tu kata aku lagi berminat dgn dentistry drpd bidang pendidikan..mula2 tu memang terkedu jugak nak bg jawapan apa kan..tp,nasib baik jawapan yg aku bagi berjaya memuaskan hati beliau..thanks encik interviewer :)



ok2.kita tukar topik pulak..bercakap mengenai kenangan2 yang memang sampai bila pun tak boleh lupa..semalam aku berjalan sakan dengan sahabat2..kami semua sekolah rendah sekali tapi memang rapat sangat sampai dah anggap macam adik beradik sendiri..on the way nak balik tu,kami bercerita tentang peel2 kami semua waktu sekolah rendah dulu.waktu masing2 belum ada fikiran yang matang *sekarang pun masih tak berapa betul lagi.hehehe..kenangan2 yang sedih,bergaduh sampai nak putus sahabat la,gembira.semua ada..bila kenang balik boleh buat kita gelak terbahak-bahak..nasib baik tak melelong drive semalam.gelak sakan punya pasal.hahaha.




antara kenangan yang sampai mati pun aku tak boleh lupa.

1st skali aku teringat bila kita gaduh teruk time darjah 6..sampai menjerit segala bagai..siap kena sound dgn cikgu lagi sebab PENGAWAS bergaduh..ada yang siap menangis lagi kan jannah?haha..tapi last2,kita sendiri yang gelak bila ingat balik..konon2 nak putus kawan la apa.but now,tak ada siapa pun boleh putuskan ukhuwah kita kan?insyaallah :)


lagi 1 kenangan time kita pergi KL..ok2.aku mengaku itu 1st time aku jalan2 kat kl.so,memang batak nak mampos la kan..dalam bas memang kecoh gila..aku ingat lagi aku duduk sebelah nome..time dkt hotel,1 bilik 5 org..bilik tu ada 2 katil queen size..aku dgn nome tidur berdua.jannah,yati dgn shida tidur dkt another bed..bangun pagi,tgk2 dekat katil aku tidur sorang.mana nome?dia dah tidur kat bawah..sebab tak tahan aku asyik tendang dia.haha..padahal yang tidur 3 orang sekatil tu relaks je.yang geramnya,nome bantai ambik semua selimut kat dia sorang.damn..dah la pasang aircond tahap maksimum.keras aku malam tu.hahaha.sampai sekarang nome fobia nak tidur dgn aku.


dan yang paling aku tak boleh lupa time kelas cikgu hafizah.guru kelas kita tu..hehe.masuk2 je kat whiteboard ada lukisan tikus..cikgu kata dia jumpa tikus dalam meja kita weyh..haha.tak tau la betul ke tak.tapi aku rasa cikgu saja nak takut-takutkan kita..sebab kelas bersepah..haha.semua muka macam nak percaya ke taknak..hahaha.bila kenang2 balik,takde la teruk sangat kelas kita dulu..sepah SIKIT je.hehehe..


damn,i miss all those moments..hari jumaat pagi2 lagi dah pergi kantin..order nasi ayam dekat mak cik kantin utk time rehat.padahal mana boleh..nasib baik kami kamceng dgn mak cik kantin..kalau tak,melepas la nasi ayam budak2 rendah bawah habiskan sebab diorang rehat awal.haha..ok fine!aku terliur nasi ayam kantin...



kitorang memang nakal gila dulu..kacau cikgu lah.couple lah..dah la pengawas..teruk betul.tapi kitorang semua hormat cikgu walaupun kitorang masih boleh melawak dengan diorang..dan yang paling terharu sekali..bila kami semua jumpa balik cikgu2,diorang masih lagi ingat kami satu per satu..nama pun diorang ingat lagi walaupun dekat 7 tahun kami tinggalkan sekolah rendah..

ingat lagi apa yang cikgu ainon cakap dekat aku.
"cikgu tak akan lupa batch hampa.batch yang paling gila.tapi hampa semua hormat kami.bukan macam budak2 sekarang..cikgu tegur boleh buat tak dengar.siap cakap2 belakang lagi"


*2 hari lepas.birthday tokmah :)


*tahun lepas.birthday saya.hehe



apa2 pun.aku berdoa semoga ukhuwah kita tak akan putus sampai bila2..aku sayang hampa semua..sahabat dunia akhirat :')



p/s: salam REJAB utk semua :)