Friday, June 3, 2011

kenangan itu :)





assalamualaikum :)


jangan marah ye..
dah lama tak update..
tak ada alasan pun nak bagi.hehe



alhamdulillah.last sunday aku interview untuk ijazah sarjana muda pendidikan dekat UTM skudai.well,jangan tanya kenapa jauh sangat aku menjelajah sampai ke selatan semenanjung just untuk interview tu..naik bas 7 jam nak ke skudai..sumpah kalau tambah lagi sejam dah memang patah dah pinggang aku ni..hiperbola kan??hohoho..interview berjalan dgn sgt lancar.tp yg spoilnya bila last2 interviewer tu kata aku lagi berminat dgn dentistry drpd bidang pendidikan..mula2 tu memang terkedu jugak nak bg jawapan apa kan..tp,nasib baik jawapan yg aku bagi berjaya memuaskan hati beliau..thanks encik interviewer :)



ok2.kita tukar topik pulak..bercakap mengenai kenangan2 yang memang sampai bila pun tak boleh lupa..semalam aku berjalan sakan dengan sahabat2..kami semua sekolah rendah sekali tapi memang rapat sangat sampai dah anggap macam adik beradik sendiri..on the way nak balik tu,kami bercerita tentang peel2 kami semua waktu sekolah rendah dulu.waktu masing2 belum ada fikiran yang matang *sekarang pun masih tak berapa betul lagi.hehehe..kenangan2 yang sedih,bergaduh sampai nak putus sahabat la,gembira.semua ada..bila kenang balik boleh buat kita gelak terbahak-bahak..nasib baik tak melelong drive semalam.gelak sakan punya pasal.hahaha.




antara kenangan yang sampai mati pun aku tak boleh lupa.

1st skali aku teringat bila kita gaduh teruk time darjah 6..sampai menjerit segala bagai..siap kena sound dgn cikgu lagi sebab PENGAWAS bergaduh..ada yang siap menangis lagi kan jannah?haha..tapi last2,kita sendiri yang gelak bila ingat balik..konon2 nak putus kawan la apa.but now,tak ada siapa pun boleh putuskan ukhuwah kita kan?insyaallah :)


lagi 1 kenangan time kita pergi KL..ok2.aku mengaku itu 1st time aku jalan2 kat kl.so,memang batak nak mampos la kan..dalam bas memang kecoh gila..aku ingat lagi aku duduk sebelah nome..time dkt hotel,1 bilik 5 org..bilik tu ada 2 katil queen size..aku dgn nome tidur berdua.jannah,yati dgn shida tidur dkt another bed..bangun pagi,tgk2 dekat katil aku tidur sorang.mana nome?dia dah tidur kat bawah..sebab tak tahan aku asyik tendang dia.haha..padahal yang tidur 3 orang sekatil tu relaks je.yang geramnya,nome bantai ambik semua selimut kat dia sorang.damn..dah la pasang aircond tahap maksimum.keras aku malam tu.hahaha.sampai sekarang nome fobia nak tidur dgn aku.


dan yang paling aku tak boleh lupa time kelas cikgu hafizah.guru kelas kita tu..hehe.masuk2 je kat whiteboard ada lukisan tikus..cikgu kata dia jumpa tikus dalam meja kita weyh..haha.tak tau la betul ke tak.tapi aku rasa cikgu saja nak takut-takutkan kita..sebab kelas bersepah..haha.semua muka macam nak percaya ke taknak..hahaha.bila kenang2 balik,takde la teruk sangat kelas kita dulu..sepah SIKIT je.hehehe..


damn,i miss all those moments..hari jumaat pagi2 lagi dah pergi kantin..order nasi ayam dekat mak cik kantin utk time rehat.padahal mana boleh..nasib baik kami kamceng dgn mak cik kantin..kalau tak,melepas la nasi ayam budak2 rendah bawah habiskan sebab diorang rehat awal.haha..ok fine!aku terliur nasi ayam kantin...



kitorang memang nakal gila dulu..kacau cikgu lah.couple lah..dah la pengawas..teruk betul.tapi kitorang semua hormat cikgu walaupun kitorang masih boleh melawak dengan diorang..dan yang paling terharu sekali..bila kami semua jumpa balik cikgu2,diorang masih lagi ingat kami satu per satu..nama pun diorang ingat lagi walaupun dekat 7 tahun kami tinggalkan sekolah rendah..

ingat lagi apa yang cikgu ainon cakap dekat aku.
"cikgu tak akan lupa batch hampa.batch yang paling gila.tapi hampa semua hormat kami.bukan macam budak2 sekarang..cikgu tegur boleh buat tak dengar.siap cakap2 belakang lagi"


*2 hari lepas.birthday tokmah :)


*tahun lepas.birthday saya.hehe



apa2 pun.aku berdoa semoga ukhuwah kita tak akan putus sampai bila2..aku sayang hampa semua..sahabat dunia akhirat :')



p/s: salam REJAB utk semua :)

8 comments:

Akim Iqbal said...

ok. komen kat sini je la ok.. tak payah nak carik follower beribu raban.. tak penting mana pon.. biar follower sikit janji orang yang lawat blog ni kerap.. keep it that ok.

WindchillJay said...

Hamoi2..p interview, bila kelaur result syeqa? =))

ciksyeqa said...

@akim iqbal.thanks ya utk nasihat tu..really appriciate it :)

ciksyeqa said...

@kak najad : tak tahu la bila keluar result..doa je la byk2..hehehe

siti norgebang said...

iqaaaaaa. i missssss that moment tooooo!!!!!

ciksyeqa said...

@siti oi : nangis jgk aku nnt..hahaha

amalina sahaja said...

rindunyaaaaa. nanti kita serbu sekolah rendah mkn nasik ayam jommmm

ciksyeqa said...

@nome : kantin dh tukar tender weyh..dgr cite dh x best :(