Monday, December 12, 2011

kelebihan itu sebenarnya satu ujian.

assalamualaikum :)


Okay,straight to the point,korang rasa korang ada kelebihan tak??mesti ada kan,semua orang ada kelebihan masing2.tapi tahukah korang bahawasanya kelebihan korang tu sebenarnya satu ujian dari Allah??senang cerita,aku bagi contoh.supaya korang mudah faham.

contoh yang pertama:
kamu merupakan seorang yang sangat cantik.hampir semua orang suka tengok kamu.iya lah,siapa yang tak suka tengok benda2 yang cantik kan??sejuk je mata memandang.
TAPI hakikatnya Allah sedang menguji kamu wahai orang2 yang cantik.macam mana kamu nak handle kecantikan kamu tu.supaya kamu tak jadi tumpuan orang ramai.macam mana kamu nak handle lelaki2 yang cuba nak rapat dengan kamu.mesti ramai yang nak mencuba nasib kan??bukan kah itu saju ujian sebenarnya?maka,mahalkan lah diri kamu.

contoh yang kedua:
kamu merupakan seorang yang berduit.berada.kaya.semua yang kamu nak kamu boleh dapat.tapi aku rasa kekayaan ni merupakan ujian yang sangat berat sebenarnya.Allah nak uji kamu.Dia nak tengok macam mana kamu uruskan kekayaan kamu.sama ada kamu nak membazir di tempat2 maksiat ataupun kamu nak salurkan ke jalan Allah.you choose.maka dengan itu,iman kamu perlu kuat.semoga kamu tak leka dengan kekayaan duniawi.


cukup lah 2 contoh sahaja.aku rasa korang faham kan apa yang aku cuba nak sampaikan.sebab dah lama aku fikir pasal benda ni.semuanya aku nampak jadi dekat sekeliling aku.kadang2 aku kesian walaupun mereka memiliki kelebihan.

bagi yang rasa diri mereka punya kekurangan tu,bersyukurlah dengan apa yang ada.Sesungguhnya Allah itu maha adil.pandai2 lah kita olah kan kekurangan kita tu supaya ia menjadi satu kelebihan buat kita :)



p/s : kelebihan dengan maksiat tak ada keuntungan pun.
tapi jika kelebihan itu dengan keimanan,itu satu bonus namanya.
Alhamdulillah atas nikmat Allah :)

Saturday, November 19, 2011

Untuk Kita Semua yang Tak Sempurna


assalamualaikum :)


aku terfikir.kenapa ramai yang terlalu mencari kesempurnaan?padahal masing-masing tahu tak akan ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.yang lelaki,kalau nak gf nak yang lawa,pandai masak,body solid, semua la..kalau yang perempuan pulak nak bf yang hensem,bergaya,kaya,badan tough,jambu*errrr..pelik kan?taste nak tinggi je.sedangkan diri kita pun dah memang tak sempurna.


well people,tahukah anda ketidaksempurnaan(tak pasti ejaan) itu selalu nya membawa kebahagiaan.contoh,kalau gf or wife awak kurang lawa dari model2 hot lagi bagus,tak payah la awak nak jeles-jeles orang lain nak pandang orang yang tersayang tu.kalau si bf or husband awak tak sekaya VVIP pun ok.sekurang-kurangnya tak ada la perempuan-perempuan pisau cukur yang terhegeh-hegeh nak mengikis si dia.dapat tak apa yang apa aku nak cakap ni?faham kan?bagus...nah seposen.


so kesimpulannya,if you love someone,accept him/her for who they are.tak perlu lah nak mencari kesempurnaan kerana diri kita pun tak sempurna.so chill jejaka2 dan gadis2 yang merasakan diri mereka tidak sempurna.ingat lah bahawa sesungguhnya Allah telah jadikan manusia ini sebaik-baik kejadian.so,dont worry my dear.ALL IS WELL :)




p/s : kita mungkin tak akan jadi sempurna,
tapi sekurang-kurangnya kita perlu berusaha kan.
bukan untuk dapatkan kesempurnaan,
tetapi untuk dapatkan kejayaan :)

Wednesday, November 16, 2011

Bahagia

bahagia itu mudah di temui,
kalau Yang Hakiki itu terutama di hati.

tak perlu semai rasa benci,
kelak bahagia akan berlalu pergi.

lupakan masa silam mu,
jika jahil adalah isinya.
padam semua masa lampau mu,
jika kegelapan menyelubunginya.

biar masa mu kini penuh dengan keinsafan,
biar masa depan mu nanti penuh dengan kejayaan,
pasti kebahagiaan itu sendiri,
akan menerpa di pintu kehidupan.


ciksyeqa
16112011
1013
wang ulu,perlis.

Sunday, November 13, 2011

Di sebalik

walau mulut lincah berkata-kata,
walau bibir lancar mengukir senyuman,
sebenarnya ketika itu hati parah terluka.

bukan menipu,
bukan hipokrit bak kata mereka,
cuma mendidik hati untuk lupakan segala.




ciksyeqa
131112
0343
salak baru,perak

Friday, October 28, 2011

5 sebab kenapa hubungan jarak jauh lebih baik


assalamualaikum :)





doodle google



nak bagi 5 sebab kenapa hubungan jarak jauh lebih baik:





1>hati makin lama makin sayang.ye kot.




2>tak berjumpa(date),tiada maksiat.




3>pupuk rasa percaya antara satu sama lain.




4>jimat duit sebab tak keluar selalu.keh3




5>paling penting,dapat tgk kesetiaan pasangan kita :)




p/s:ini pendapat aku sahaja ok gadis cantik dan jejaka kacak sekalian.

Thursday, October 27, 2011

setelah hampir 2 bulan.

assalamualaikum :)


lama betul tak update blog kan.sebenarnya rasa sedih sesangat sebab dekat kolej aku pakai cable sahaja dan line tak cukup kuat untuk aku post entri yang baru pun.sadis jugak la hidup aku.wuwuwu.maka di sebab kan itu,aku dah tak update blog hampir 2 bulan.so,sorry for those yang tunggu entri terbaru aku*ceeewahhh-ada-ke???hahaha.dah senyap.


ok.entri kali ni nak kenalkan korang dengan kehidupan aku sekarang..walaupun agak lambat,tapi tak kira,nak cerita jugak.grrrrr.bukan salah aku ok.


alhamdulillah hidup aku bahagia sekarang.walaupun aku tak dapat apa yang aku nak,tapi Allah bagi yang terbaik untuk aku.syukur.dapat roommate baik2.classmates pun baik2.driver bas pun baik2.lecturer pun baik2.mak lampir pun baik.hehe.



kolej aku aku terletak di penghujung Malaysia.nama pun dekat wang ulu..maka memang ulu la kan.tapi aku suka sebab view kat situ memang sangat cantik.macam dalam cerita nur kasih.cantik.tenang je.




yang tepi tu kolej kediaman aku.belakang tu BUKIT ok.
blok aku yg paling HUJUNG.kurus la jalan jauh2.
abaikan budak berbaju biru tu.


cantik kan?orang kata belakang bukit tu thailand.
org la kata..aku pun tak sure.



nah,selamat berkenalan dengan orang2 sekeliling aku pulak ye..bagi gambar pun cukup la kan.taip panjang2 pun bukan korang nak baca.siapa la aku ni kaaaannnn...



schoolmates merangkap kekasih2 hati 1.





schoolmates merangkap kekasih hati 2.

*dua gambar di atas ni di ambil semasa menunggu bas.
kalau nasib tak berapa nak baik kami terpaksa menunggu bas sehingga 2 JAM.
takpe2..melatih diri untuk bersabar.










yang ini pulak roommates aku merangkap classmates,kakak,BFF,
semua la skali.dah macam belangkas dah kami.
*kena paksa cerita pasal dia kat blog.grrrr




untuk hari ni,cukup lah setakat ni je.malas pulak nak tulis panjang lebar.tu la.dah lama sangat tak menulis kan..jadi cenggini la.aish.


p/s: esok update lagi.
nak balas dendam.hehe.



Sunday, September 4, 2011

pengembaraan bermula

assalamualaikum :)

4th september 2011,
5.00 am,
goodbye Perak.
Hello Perlis.


insyaAllah sekejap lagi aku akan bertolak ke Perlis.tujuan utama adalah untuk menyambung pengajian.Alhamdulillah,syukur aku di beri peluang yang berharga ni.insyaAllah,tempat baru,azam baru,semangat baru.mulai jam 8.00 pg nanti aku akan bergelar mahasiswi Universiti Malaysia Perlis.jurusan ijazah sarjana muda kejuruteraan metalurgi (2011/2011).oleh itu,aku wajibkan kau orang semua doakan kejayaan dan keselamatan aku dia sana.hehehe.memain je.sesiapa yang ikhlas,doakan lah aku ye.tq..i love you all.xoxo~

aku google metalurgi dan aku jumpa ini.wah..jadi ganas gadisbesi lah aku nanti.hehe



p/s : hai coursemate baru.
hai roomate baru.
hai lecturer baru.
hai pak cik kafe baru :D

Saturday, September 3, 2011

Salam Org yang Tak Merantau

assalamualaikum :)

mungkin agak terlewat sedikit.
tapi aku teringat kata2 lecturer chemistry aku.
'better late than never' katanya.
hehehe.

jadi,di sini aku dengan seikhlas hati ingin mengucapkan.
SELAMAT HARI LEBARAN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
buat semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh pelosok dunia.
:)



nah gambaq sebijik.feel raya habis kan.hehe.

p/s : mai la datang raya  rumah saya kalau nak duit raya.
hehehe.

Sunday, August 21, 2011

baju kurung dan uptown.

assalamualaikum :D

tetiba dapat idea nak mengarang.punya lah lama idea nak mari.terperap aje kat dalam kepala otak.hehehe.best tak alasan aku?

okeh2.kembali kepada tajuk utama.ini cerita 3 minggu lepas.lama kan?nak jugak cerita..ada satu malam tu aku dgn sahabat aku si AMOY berjalan jauh.dari perak ke KL.tujuan utama nak pergi sekolah dekat rawang nak ambil sijil SPM.so,bila pergi sekolah,kitorang pakai la baju kurung.segan lah nak pakai something yang sangat casual nak jumpa cikgu2 kan.agak lama lepak kat sekolah,kami pun nak tumpang rumah kawan kami dekat shah alam.naik komuter yang super lembab dan sampai shah alam lebih kurang pkul 10 malam.then,malam tu jugak kawan aku bawak kami berdua pergi uptown.tujuan utama,nak makan malam.ok,waktu itu kami masih lagi berbaju kurung.maka,tersebutlah al-kisah...

semasa kat uptown tu,kami terdengar suara2 sumbang..yang memerli apa yang kami pakai.baju kurung lengkap dengan bertudung.gadis melayu lah katakan.

dialog 1

penjual 1 : eh,malam ni ada kenduri arwah ke?*sambil tersengih.sinis.
penjual 2 : weyh,kenduri arwah malam esok la..

dialog 2

sedang aku membelek-belek seluar jeans yang di jual.

peniaga 1 : adik,kalau seluar pattern ni org pakai nak pergi clubing je.adik pergi clubbing ke?*senyum kambing.
peniaga 2 : hahaha*gelak perli

aku dan kawan aku hanya tersenyum.dalam hati aku,kantoi lah brader ni slalu clubbing..

dialog 3

aku dengar sekumpulan remaja lelaki bersembang dengan nada yang kuat.tujuan,memang nak bagi kami dengar.

lelaki 1 : ish3,tgk diorang..bagusnya..pergi uptown pakai baju kurung..
lelaki2 lain : manis dowh..*sambil ketawa berdekah-dekah.

sakit telinga aku.
-

-

-

-

selepas itu kami pulang.dan ya,sepanjang aku berada di situ,memang aku perasan ramai yang pandang kami dengan pandangan sinis.seolah-olah kami tidak berbaju.aku terfikir,kenapa kami yang berpakaian lengkap di pandang sebegitu rupa.kenapa pandangan yang sama tak di berikan kepada gadis2(mungkin) yang berpakaian tapi sama seperti telanjang.yang nampak segala lurah dendam.pelik.aku rasakan semacam aku berada di negara luar..padahal dah terang-terangan aku berada di negara sendiri.

aku rasa manusia yang semacam meraka lah yang menganggap mereka adalah golongan2 urban.pelik dunia sekarang.buat benda baik di pandang sinis.buat yang tak elok,buat macam tak ada apa yang jadi.dunia akhir zaman.



p/s : melayukah anda,
kalau nampak perempuan pergi uptown pakai baju kurung pun dah rasa pelik.

Wednesday, August 10, 2011

kitew dah cingle..*pengsan


assalamualaikum :)

bila dah bosan tak tahu nak buat apa ni, facebook dan twitter jadi medium untuk mengisi masa lapang.nak tulis blog,idea tersekat.kenapa aku pun tak tahu.mungkin sebab lama sangat duduk rumah,otak pun dah jadi beku.jadi,sepanjang pemerhatian aku di facebook,aku dah buat kajian sikit lah.*cheeeh.

ada 1 kejadian yang boleh buat aku gelak guling2 di bulan puasa ni.hehehe


ada adik2 ni (di ulangi ye adik2) yang mula menggelabah bila break up dgn balak boyfie mereka.tukar je status terus masuk group single sedunia.lepas tu dok buat ayat pasrah.


"tak de sape nak kat kite dah." (=,=')
"kenapa org tak percaya perempuan cantik tak de couple?"*yg ini memang tak boleh blah.mengaku diri sendiri cantik.


lepas tu post sampai 3 post dalam masa 1 jam dalam group yang sama.jadi faham lah aku akan tujuan adik2 ni sebenarnya.rupa2nya mereka nak bagitahu 1 dunia yang mereka dah available.jadi,lelaki2 hidung belang,lai2 masuk line.i dah available*pathetic!



wahai adik2.tak perlu lah sampai macam tu sekali.tak mati aih kalau tak de boypreng (bak kata amalina z. grice) akak2 pun tak sampai macam tu.tak kan nak sangat kawin dah kot dik..seluaq dalam pun ayah belikan lagi.baju sekolah pun ada 2 pasang. (ada kena mengena tak?) lagi 1,tak baik tau langkah bendul.bagi can la kat akak2 nagn abang2 dulu.ehem2.eh tak lah,aku tak maksudkan aku.hehehe.

yang buat aku gelak lagi bila ada lelaki2 pathetic yang turut komen post2 adik2 ni.

"yewkew cingle ni?xpew.sayew kn adew."*pengsan
"ne ade la..awak cantik la.comey je sy tgk"*pengsan bangun pengsan balik.

dah la adik2.belajaq bagi habis dulu.tak lari gunung di kejar.kalau Allah dah tetapkan jodoh kita tu,insyaallah satu hari nanti kita akan jumpa dgn soulmate kita.tak payah la sampai announce 1 dunia yang konon2 takde orang nak kat kita.nanti memang tak ada yang nak baru padan kan muka diri sendiri.so,berdoa la dari sekarang semoga kita semua bertemu jodoh yang baik2,beriman dan dapat jadi pasangan kita dunia dan akhirat..aminnnnn :)


p/s : maaf kalau terasa.
cuma nasihat dari manusia biasa :)



Wednesday, August 3, 2011

kronologi bulan ini.eh.bulan lepas.

assalamualaikum :)

sudah lama blog tercinta ini di biar terbengkalai.
terlalu byk kekangan utk aku menulis.
alhamdulillah hari ini semangat utk menulis kembali semula.

kronologi hidup aku sepanjang bulan lepas agak menarik.
menarik bagi aku tak pasti pulak menarik bagi korang.
aku cuba senaraikan supaya mudah di baca oleh anak cucu cicit dan bakal suami aku..ehem2.


15 julai 2011
keputusan upu keluar.alhamdulillah,ada juga rezeki aku utk ke universiti.walaupun apa yang aku hajati tak kesampaian.aku masih bersyukur.kerana bagi aku,Allah tahu apa yang terbaik utk kita.terima lah qada' dan qadar.
insyaallah,aku akan begelar mahasiswi Universiti Malaysia Perlis(UniMap),
ijazah sarjana muda(kepujian)kejuruteraan metalurgi.
doakan aku semoga jalan aku dan sahabat2 ku dipermudahkan.aminn.

23 julai 2001
hari ini aku tak lagi bergelar penduduk bagan serai.status aku berubah menjadi penduduk tetap perkampungan tersusun salak baru,sg siput(U).sayu nya hati nak meninggalkan sahabat2 yang aku kenal sejak zaman sekolah rendah lagi.tapi,hidup tetap kena teruskan.sampai 1 tahap nanti kita semua akan merantau juga.tak terucap terima kasih kepada semua yang membantu.kepada sahabat2 yang sanggup menghantar aku sampai ke rumah.yang sanggup membantu mengangakat dan memunggah barang2.syukran.korang lah sahabat aku dunia akhirat.baru sehari aku dah mula rindu kan bagan serai.tempat yang menyaksikan aku membesar.walau macam mana pun,aku dah berjanji dgn sahabat2 ku yang bagan serai akan tetap di hati :)

26-31 julai 20011
ok.kali ni aku berjalan sakan.penat gila.sampai tak cukup tidur.
salak>ipoh>pudu>ampang>rawang>shah alam>tg malim>kajang>bangi>putrajaya>kajang balik>ipoh>salak.
gila tak gila?

29-30 julai 2011
reunion bersama sahabat2 gadis phalanx .alhamdulillah.perancangan yang dilakukan hampir 2 bulan berhasil.malah berhasil dgn jayanya.2 hari yang sangat2 happy.hampir setahun lebih tak berkumpul,alhamdulillah kita dapat juga berkumpul.walaupun tak semua orang dapat datang tapi aku dah cukup puas.BBQ.masak sama2.kutip durian kat dusun.jalan2 kat kampung ambik angin pagi.mandi kat sungai bil.sembang sampai pukul 4 pagi.buat pulut.naik triton ayah iz.arghh.gonna miss those moments.terima kasih sahabat2 :)

30 julai 2011
innalillahiwainnalillahirajiun.mak nyah(mak cik yang sulung) telah kembali ke rahmatullah pada umur 50 tahun.arwah pergi secara mengejut.aku tak sempat nak balik untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.waktu aku terima berita ini,aku sedang bersesak-sesak dalam tren komuter pada waktu senja.terlalu banyak halangan untuk aku pulang ke kampung.ada juga rasa sesal.tapi yang pergi tetap akan pergi.kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.cuma doa dan yassin dapat aku hadiahkan buat mak nyah di sana.semoga mak nyah di tempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.amin.

1 ogos 2011
ramadhan tahun ini bermula.puasa pertama dengan tekak yang sakit mmg sangat mencabar.alhamdulillah semuanya berjalan lancar.berbuka puasa tanpa mama dgn ayah.mereka masih mencari rezeki di waktu ini.sayu rasanya.

itu sahaja buat masa ini.terlalu lama tak menulis sampikan rasa macam tak mahu berhenti pulak.tq ya sbb sudi baca. :)

p/s: salam ramadhan buat semua.
semoga ramadhan tahu ni lebih baik dari ramadhan yang lalu.
amin.

Thursday, July 7, 2011

Tak Mengapa

Kau tersenyum,
Tiap kali aku tersungkur.

Kau ketawa,
Tiap kali aku menderita.

Mana belas kasihmu?
Mengapa hitam hatimu?
Kemanusiaanmu kau kubur tanpa nisan.

Tak mengapa,
Walau hatiku tak kau jaga,
Aku masih punya rasa cinta,
Semoga jendela hatimu terbuka,
Luntur kegelapan muncullah cahaya.


ciksyeqa
3 julai 2011
1500 pm
bagan serai

Saturday, July 2, 2011

Tak Mungkin Sempurna


Maafkan aku,
Aku tak mungkin jadi sempurna,
Aku tak mampu jadi apa yang kau pinta,
Aku tak mampu jadi apa yang kau damba.

Kerana aku cuma insan biasa,
Yang lemah tak mungkin sempurna,
Yang mungkin bangkit,tersungkur dan bangkit semula,
Yang ada kalanya salah percaturan dunia,
Yang ada ketikanya terleka,teralpa,
Akan wujudnya akhirat yang selamanya.

Wahai sahabat,
Terimalah aku seadanya,
Tepuk bahuku,
Kembalikan aku ke jalan-Nya jika aku terlena,
Alpa dengan patung kertas pentas dunia.

Kerana aku adalah aku,
Manusia yang tak mungkin jadi sempurna,


ciksyeqa,
1 JULAI 2011,
0135 am,
bagan serai

Thursday, June 30, 2011

kerinduan ini

kerinduan ini

rasa itu,
seringkali mencengkam penjuru hati,
kerinduan pada kekasihMu Ya Rabbi,
Hanya Kau yang mengerti,
rindu dendam di sanubari ini.

KepadaMu Ya Rabb,
Doaku padaMu,
Moga ditenangkan hati ini,
Setenang air di tepian kali.

Semoga kerinduan ini,
menjadi syafaat di penghujung hari.
untukku bertemu denganmu di akhirat nanti.
Ya Muhammad s.a.w kekasih hati.



ciksyeqa,
27 Rejab 1432H,
2100 pm,
bagan serai,perak.

Sunday, June 26, 2011

Mohonlah Kepada ALLAH :)

assalamualaikum :)



pengalaman sebelum ini banak mengajar aku.jatuh bangun jatuh kembali buat aku sedar betapa pentingnya semangat yang tinggi..kerana bagi aku bila kita jatuh,itu tak bermakna kita gagal.tapi itu adalah satu ujian dalam perjalanan kita menuju kejayaan..kegagalan yang sebenar adalah bila kita berputus asa..berputus asa tu sama la macam kita putus harapan dengan ALLAH..sebab kita tak percaya dengan ketentuanNya.kita tak usaha nak mintak pertolongan daripadaNya..sedangkan ALLAH itu sangat sayang kan hambaNya yang meminta pertolongan drpdNya.


firman ALLAH s.w.t. :


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ{60}غافر

Maksudnya:Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah al-Ghafir:60)


dan yang paling penting sekali.jangan la skali-kali kita memohon pertolongan drpd makhluk lain.paling penting sekali,jangan kita percaya perkara2 khurafat.kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri,sakit hati dgn orang lain,hantar santau.agak2 rasa nak muka cantik berseri,pakai susuk.nak kaya,bela toyol..nauzubillah min zaliq..mintak2 dijauhkan..usaha la untuk dapatkan apa yang kita mahu.kalau dah usaha,doa kemudian tawakkal..insyAllah,kejayaan milik kita 1 hari nanti :)



sekadar perkongsian bersama.sebagai peringatan buat diri sendiri dan para sahabat.



p/s : Happy birthday Syazwan si couzie :)

Saturday, June 25, 2011

aku ke rusia.eh tak lah.yaya dan adeeb ke rusia.





assalamualaikum :)


entri kali ini di tuju khas utk yaya and adeeb.
yang akan berangkat ke rusia malam ni.
nak buat video utk korang aku tak berapa nak reti.
nasib baik maher dah buat..
tulis blog pun jadi la kan :)
semoga selamat pergi dan selamat pulang.
kami semua doakan korang.


semoga berjaya dunia akhirat.
jadi engineer yg beriman,insyaAllah.
bi taufiq wannajah.
good luck in your future undertaking.
i love both of you and of course all phalanxer.
jangan lupa kami kat malaysia eh.
insyaAllah kami semua pun tak lupa korang.




gonna miss both of u damn much.yaya.adeeb.


_______________________________________________________


ini jamuan raya time form5.rinduuuu



ini kalau tak silap last tarawikh dkt sepintar.rinduuuu



ini time pagi spm.panjat bukit lah konon.rinduuuu




warghhh...dah setahun lebih tak jumpa korang.
siapla nanti kalau jumpa aku peluk cium sorang2.
hehehe.




p/s : yaya dgn adeeb jgn lupa.
takkan melayu hilang di dunia.
so,kalau ada jejaka rusia yang kacak tu,
jgn cayaq na..hehehe

Sunday, June 12, 2011

i think i'm fallin for u ;)






assalamualaikum :)


kali ni sumpah aku rasa aku dah jatuh cinta..jatuh cinta pandang pertama..cinta mekar untuk selama-lamanya..*ok geli..haha..mencintai MEREKA buat aku jadi gembira..oh TOM and JERRY..




boyfriend pertama si tom.





boyfriend ke-2 si jerry.






jgn risau..saya sayang awk berdua sama rata :)





eh3..kejap..saya jumpa gambar awak berdua time baby la..tak pakai baju lagi..malu la..hehehe.
tapi.awak berdua tetap cute.





baru saya ingat..awak suruh upload gambar kita dating semalam kan..
gambar saya dgn awak..*blushing
tapi ini gambar saya dgn jerry je..takpe.nnt saya ambik gambar dengan awak pulak ye tom.
jgn risau,saya sayang awk jugak :)




p/s : actually.aku sendiri pun tak pasti dua boyfriend aku ni jantan ke betina.
tibai je la kan?hehehe

Thursday, June 9, 2011

Ampuni Aku


assalamualaikum :)

terlalu berat rasanya nak ditanggung.
sedar tak sedar,
banyak kesilapan dan dosa yang dah aku lakukan.
YA ALLAH.
bantulah hamba-Mu.
semoga aku di beri kudrat dan kekuatan.
untuk meraih kembali redha-Mu :'(
aminn.


Monday, June 6, 2011

teka -teki 3 tahun.layan sajalah..


assalamualaikum :)


sudah lama rasanya tak balik ke kampung.hampir sebulan.lama la tu kan?rindu oi dekat semua orang.walaupun tak semua adik beradik dapat berkumpul..tapi masih lagi dapat rasa kemeriahan tu.cuba bayangkan kalau raya..bila semua orang berkumpul,memang kecoh gila.sampai satu tahap aku dah tak larat nak layan cousin2 aku.al maklumlah..semua kecik2.haha..nasib baik aku ni loving.hehe..*puji diri sendiri kejap.


main teka-teki dgn adik saudara aku..belum sempat kami bagi jawapan dia dah tolong jawab kan..nice sgt lah macam tu.hahaha..
*ini bkn teka-teki budak tu.


antara teka-tekinya :


1. ada 3 warna,dia boleh control orang.

2.ada bilah.bila tekan dia sejuk.

3.waktu muda dia pakai baju hijau.bila tua dia pakai baju merah.


haa....jawab2..aku tahu senang gila..tapi ok la bagi budak 3 tahun..nak bagi seronok hati dia,aku buat2 la tak tahu nak jawab.hehe.korang tahu tak jawapan soalan tu?ok..memang kelakar kalau korang tak tahu..oklah..aku bagi jawapan.

1.of course la traffic light.
*bila bagi jawapan lampu isyarat budak tu kata salah =,='

2.kipas..

3.cili oi...hahahah


tapi paling aku tak tahan bila diorang semua jadikan aku sebagai mekanisma*ceeehhh utk di buat teka-teki.haish!


soalannya : macam mana nak jadikan kak ika pandai berenang??










jawapan : tambah huruf N dkt belakang..so that nnt jadi ikaN..haiyooo (-____-')




apa2 pun,saya sayang family saya..xoxo from me :)



p/s : Happy Birthday Fahrul and Faizal my couzie :)

Friday, June 3, 2011

kenangan itu :)





assalamualaikum :)


jangan marah ye..
dah lama tak update..
tak ada alasan pun nak bagi.hehe



alhamdulillah.last sunday aku interview untuk ijazah sarjana muda pendidikan dekat UTM skudai.well,jangan tanya kenapa jauh sangat aku menjelajah sampai ke selatan semenanjung just untuk interview tu..naik bas 7 jam nak ke skudai..sumpah kalau tambah lagi sejam dah memang patah dah pinggang aku ni..hiperbola kan??hohoho..interview berjalan dgn sgt lancar.tp yg spoilnya bila last2 interviewer tu kata aku lagi berminat dgn dentistry drpd bidang pendidikan..mula2 tu memang terkedu jugak nak bg jawapan apa kan..tp,nasib baik jawapan yg aku bagi berjaya memuaskan hati beliau..thanks encik interviewer :)



ok2.kita tukar topik pulak..bercakap mengenai kenangan2 yang memang sampai bila pun tak boleh lupa..semalam aku berjalan sakan dengan sahabat2..kami semua sekolah rendah sekali tapi memang rapat sangat sampai dah anggap macam adik beradik sendiri..on the way nak balik tu,kami bercerita tentang peel2 kami semua waktu sekolah rendah dulu.waktu masing2 belum ada fikiran yang matang *sekarang pun masih tak berapa betul lagi.hehehe..kenangan2 yang sedih,bergaduh sampai nak putus sahabat la,gembira.semua ada..bila kenang balik boleh buat kita gelak terbahak-bahak..nasib baik tak melelong drive semalam.gelak sakan punya pasal.hahaha.




antara kenangan yang sampai mati pun aku tak boleh lupa.

1st skali aku teringat bila kita gaduh teruk time darjah 6..sampai menjerit segala bagai..siap kena sound dgn cikgu lagi sebab PENGAWAS bergaduh..ada yang siap menangis lagi kan jannah?haha..tapi last2,kita sendiri yang gelak bila ingat balik..konon2 nak putus kawan la apa.but now,tak ada siapa pun boleh putuskan ukhuwah kita kan?insyaallah :)


lagi 1 kenangan time kita pergi KL..ok2.aku mengaku itu 1st time aku jalan2 kat kl.so,memang batak nak mampos la kan..dalam bas memang kecoh gila..aku ingat lagi aku duduk sebelah nome..time dkt hotel,1 bilik 5 org..bilik tu ada 2 katil queen size..aku dgn nome tidur berdua.jannah,yati dgn shida tidur dkt another bed..bangun pagi,tgk2 dekat katil aku tidur sorang.mana nome?dia dah tidur kat bawah..sebab tak tahan aku asyik tendang dia.haha..padahal yang tidur 3 orang sekatil tu relaks je.yang geramnya,nome bantai ambik semua selimut kat dia sorang.damn..dah la pasang aircond tahap maksimum.keras aku malam tu.hahaha.sampai sekarang nome fobia nak tidur dgn aku.


dan yang paling aku tak boleh lupa time kelas cikgu hafizah.guru kelas kita tu..hehe.masuk2 je kat whiteboard ada lukisan tikus..cikgu kata dia jumpa tikus dalam meja kita weyh..haha.tak tau la betul ke tak.tapi aku rasa cikgu saja nak takut-takutkan kita..sebab kelas bersepah..haha.semua muka macam nak percaya ke taknak..hahaha.bila kenang2 balik,takde la teruk sangat kelas kita dulu..sepah SIKIT je.hehehe..


damn,i miss all those moments..hari jumaat pagi2 lagi dah pergi kantin..order nasi ayam dekat mak cik kantin utk time rehat.padahal mana boleh..nasib baik kami kamceng dgn mak cik kantin..kalau tak,melepas la nasi ayam budak2 rendah bawah habiskan sebab diorang rehat awal.haha..ok fine!aku terliur nasi ayam kantin...



kitorang memang nakal gila dulu..kacau cikgu lah.couple lah..dah la pengawas..teruk betul.tapi kitorang semua hormat cikgu walaupun kitorang masih boleh melawak dengan diorang..dan yang paling terharu sekali..bila kami semua jumpa balik cikgu2,diorang masih lagi ingat kami satu per satu..nama pun diorang ingat lagi walaupun dekat 7 tahun kami tinggalkan sekolah rendah..

ingat lagi apa yang cikgu ainon cakap dekat aku.
"cikgu tak akan lupa batch hampa.batch yang paling gila.tapi hampa semua hormat kami.bukan macam budak2 sekarang..cikgu tegur boleh buat tak dengar.siap cakap2 belakang lagi"


*2 hari lepas.birthday tokmah :)


*tahun lepas.birthday saya.hehe



apa2 pun.aku berdoa semoga ukhuwah kita tak akan putus sampai bila2..aku sayang hampa semua..sahabat dunia akhirat :')



p/s: salam REJAB utk semua :)

Sunday, May 15, 2011

buat apa lagi?jalan2 la..kata cuti..







assalamualaikum :)

nothing to post.
just a few picture of 'gathering' lah konon yesterday.






1st place:taiping sentral
tujuan : makan2 and WINDOW shopping.







2nd place : burmese pool bukit larut.
tujuan : ambil angin segar hutan and mecelup kaki ke dlm sungai.

*ni bukan kami.tapi sebab haiwan ni la aktiviti jadi tak best.garang sangat aih...
spoil je.ada ke patut bertenggek dkt jambatan tu.memang tak boleh nak cross la kan.



*yang ini baru kami.nampak fresh kan?hehe






3rd place : taman tasik taiping.
aktiviti : mkn aiskrim cair.beli dekat mall
makan dekat tasik.pandai.


*fokus kat tasik ye..










4th place : balik la.melampau anak dara keluar maghrib2.
hehe.macam tak pernah buat..padahal....






p/s : nome sayang.kami ada suprise utk kamu.
tapi tak boleh nak upload.
internet lembab macam siput vavi.
sorry eh.masih berusaha.

Sunday, May 8, 2011

percubaan pertama :)


assalamualaikum :)


balik kampung hari tu,
aku gatal2 tangan nak mengambil gambar.
sebab bunga2 kat kampung aku mmg marvelous.
ini percubaan pertama menggunakan camera biasa sahaja.



(klik gambar utk tumbesaran melampau.tq)



1.


2.




3.




4.






itu je lah..gambar tak di edit.
kalau rajin bagi komen eh.tq




p/s : hari-hari adalah hari ibu.
love you puan jamilah :)

Saturday, May 7, 2011

pemalas!



assalamualaikum :)


sudah berapa hari tak update blog.
oih,awat malaih gila ni??


*ok fine!buruk..hahaha



semenjak habis matriks ni sumpah tak tahu nak buat apa selain daripada tidur,on9,tv.bosan kan?seronok tengok kawan2 lain buat part time.aku bukan tak nak buat.bukan malas ke apa.tapi memandangkan hujung bulan jun ni my family akan pindah ke kuala kangsar,macam kesian pulak nak mintak kerja for just less then two months kan?tak kan ada majikan nak hire pekerja for a very short period.ada ke eh?kalau ada memang esok jugak aku kerja.kalau korang ada peluang kerja yang macam tu,boleh la recommend kat i.hehehe.

bukan apa.rasa macam bila duduk kat rumah makin kuat makan.macam2 lah yang aku nak cuba masak.kalau cuba masak je tapi tak makan takpe.ni,MasyaAllah..berselera macam jin.haha.takde la sampai macam tu.mungkin sebab sebelum ni aku diet tak makan nasi for half a month.gila kan?percubaan pertama dan berjaya.nak buat balik lepas ni.tapi mama dengan ayah tak bagi.tu yang lama2 terpengaruh and minggu ni start makan nasi balik.bukan sikit,banyak tu.macam mana nak kurus.sia2 je puasa nasi lama2.haish.baiklah.esok mula balik puasa nasi.kuat semangat ciksyeqa!!

mama : makan la nasi..kejap lagi pengsan ke apa mama yang susah
anak mama : ala ma..mat salleh tu tak makan nasi elok je.........


oh ye.bersempena dengan hari ibu,esok nak buat suprise kat mama.memandangkan mama tak ada kat rumah which mean mama berada dekat rumah baru di kuala kangsar,esok nak balik ke sana senyap2..hehehe.mesti mama kaget.awwww.ok fine,tak ada la suprise sangat kan?tapi...biar lah!!hahah.mama,i love u..

itu saja lah.oh ya..jangan lupa doakan perjalanan aku ke kuala kangsar esok selamat.aku naik bas lompat2 je..save budget..hehe.bye bloggers :D




p/s : selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu di luar sana :)

Sunday, May 1, 2011

mengaku kalah



assalamualaikum :)


entri kali ini di ceritakan berdasarkan pengalaman.
tentang orang yang tak tahu mengaku kalah.
mengaku kalah ni ada pro and kontra yang sendiri.


dari sudut pandangan yang pertama*macam pembaca berita kan??hehe..mengaku kalah dalam usaha kita untuk capai 1 matlamat.yang ini mengaku kalah yang tak patut wujud dalam minda kita.sebab apa?mengaku kalah yang seperti ini buatkan kita jadi seorang manusia yang lemah.belum sempat capai kejayaan dah rasa down.tak patut tak patut.aku bagi contoh ya.



shinosuke : exam tinggal lagi seminggu.aku rasa macam dah tak mampu buat apa je.abes la result aku... :(

actionkamen : sabar la shinosuke,terus kan usaha.dalam seminggu tu macam2 boleh jadi.ganbatte kudasai!*actionkamen kan jepun..

haa..nampak tak apa yang aku maksudkan.faham kan?tolong lah faham.dah tak reti nak terangkan dah ni..kalau dah faham,bagussss.



dari sudut pandangan yang kedua*cheeewah.mengaku kalah dalam konteks nak jaga hati orang lain dan jaga sesuatu perhubungan.dalam kata lain,tidak ikut kepala sendiri,tidak pentingkan diri sendiri dan tidak bongkak.nampak tak perkaitan semua benda ni.well,mengaku kalah tak semestinya kita kalah.betul tak?sebagai contoh la kan..


shinosuke : aku tak kira,aku tak nak jugak makan belacan*cakap utagha.lantak hang la actionkamen nak kata aku apa.hang tak suka,kita putuih kawan.

actionkamen : aku peduli apa hang nak putuih kawan dengan aku ka apa.aku dah kata orang jepun mana makan belacan.kita makan wasabi ja..aku kata jangan,jangan la..
ketegaq sgt pasai apa?


see,nampak kan macam mana beza nya.salah seorang daripada mereka kena lah beralah ataupun mengaku kalah.apadahal sangat la dengan makan belacan.kalau dua-dua ikut keras kepala,maka putus lah tali persahabatan mereka.kalau salah seorang mengaku kalah kan depa boleh kawan sampai bila2..hehehe.


ok lah,cukup la sampai kat sini aku rasa.
tak ada niat nak bagi orang terasa ke apa.
tapi kalau terasa,baguslah.
tapi kalau terasa dan berubah,
laaaagggiiii bagus..hehehe.
bye2 :)


p/s : korang rasa blog ni macam blog motivasi tak?
tak kan??hehehe

Friday, April 29, 2011

al-fatihah buat mak long :'(

assalamualaikum :)

ketika semua orang kecoh dengan pernikahan prince william,
aku dan keluargaku menerima berita yang menyedihkan.
maklong yang kami sayangi telah tiada.
pergi tak kembali.
meninggalkan kami buat selama-lamanya.


tiada lagi ketawa maklong yang ceria.
tiada lagi nasihat-nasihat maklong untuk semua.
tak ada lagi daging masak lemak cili api maklong :'(


maaf kalau maklong terguris hati dengan kami.
maaf sebab tak dapat nak jenguk maklong buat kali terakhir.


al-fatihah buat maklong tersayang.
semoga maklong ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.
doa kami semua untuk maklong.amin...

Wednesday, April 20, 2011

say bye2 to Penang Matriculation College



assalamualaikum :)


20 april 2011,tarikh terakhir aku berada di kolej matrikulasi Pulau Pinang.tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana.gembira pun ada,sedih?tak payah nak cerita lahkan..waktu menaip ni rasa nak menitis air mata pun ada,isk3.

kenangan-kenangan dekat sini pun memang sampai bila2 pun aku tak akan lupa..pahit atau manis,memang akan kekal dalam ingatan aku.tapi kalau aku lupa jugak,akan aku bukak blog aku dan baca balik la semua post2 aku kan.salah satu faedah berblog juga tu ..macam mana aku kenal sahabat.macam mana aku boleh jumpa dengan manusia2 yang sebelum ni aku tengok perangai diorang kat drama je.macam2 kerenah.tapi,aku bersyukur sangat2,sebab dapat kenal dengan manusia yang macam2 peel.baru indah je rasa hidup ni.penuh warna-warni faber castle.hehehe.apa yang penting.walau apa pun yang berlaku,aku kena balik rumah jugak hari ni.sebabnya HEP halau balik.sebelum pkul 12 tengah malam,matriks kena kosong dah.kejam sungguh!


buat sahabat aku dunia akhirat,aku sayang hampa sampai bila2.





aina.ciksyeqa.bella.tirah

thanx for being my friends :)
thanx sebab bersabar dengan aku.banyak aku buat silap dengan korang.
knowing all of u make me feel so lucky.
susah senang kita sama2.
walaupun macam2 problem yang jadi,
still,aku sayang korang sampai bila2.
maaf kalau aku tak jadi sahabat yang baik.
tahan perangai aku yang kadang2 hangin satu badan.
tolong la jangan lupakan aku.hehehe
xoxo from me :')




gadis2 H5P4

praktikum terbaik yang ada dalam matriks untuk sesi 2010/2011.
tak pernah ada masalah besar.
sangat berbeza dengan praktikum2 lain yang selalu gaduh.
walaupun kita senyap dalam kelas.tapi kalau dah berkumpul kita2 saja,
memang hingaq-bingaq la..
banyak lagi nak tulis ni.
tapi simpan dulu untuk entri lain.
nanti 5 bulan duduk kat rumah dah tak tahu nak tulis apa pulak kan?
hehehe


tak lupa jugak dekat seluruh umat KMPP.
kalau terbaca ni,
aku memohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki.
you guys gonna be the best memory ever..


lots of loves : ciksyeqa



p/s : tak nak nangis tak nak nangis.
tahan syeqa..




Friday, April 15, 2011

nasik goreng ikan masin*tiada kaitan*




assalamualaikum :)

see..kan aku dah cakap aku tak mampu bertahan.
menulis jugak nampaknya aku pagi2 buta ni.
nak bercerita macam-macam situasi yang jadi saat2 exam ni.

pertama:
ceritanya sangat kelakar.
ada lah sorang mamat ni.
bukan nak mengata,tapi dia ni tekenal kat matriks ni sebab perangai berlagak dia.
walhal,this guy sebenarnye have nothing special pun.

semua orang merungut paper math susah.
even top student pun kata susah.
apatah lagi aku yang biasa2 ni.
one of my friends lalu sebelah mamat ni.
u know what,
dia gebang cakap lebat dekat member dia SELEPAS dia perasan yang my friend ada dekat2 situ.
ayat dia macam ni.

"ish,buat penat je aku study yang susah2 semalam,
bila mai soalan senang mcm tadi aku terus x bleh jawab,"
SAMBIL MENJELING KAWAN AKU.



kelakar kan?
dia mmg tak tahu then dia nak salahkan soalan,
even chinese yang score 4 flat pun kata susah,
inikan pula dia yang actually biasa2 je.



kedua:
buat masa sekarang ni aku dah tak nak ambik kira dah benda yang dah lepas.
let by gone be by gone bak kata mat salleh.
habis je exam muka semua orang mesti monyok gila.
paling obvious lepas exam math hari tu.
tapi aku and my roomate, nabilah fhirqa act mcm biasa.
pak cik kafe sampai kata macam ni.

"kenapa pak cik tgk hampa tak sedih pun?
sengih memanjang.."

this is our answer pak cik,
kalau semua orang tension nanti suasana jadi lagi tegang.
its ok la kalau kita nak menyesal pun.
tapi tak perlu la sampai nak monyok then tak pasal2 kita sendiri yang stress.
senyum and chill lah.
at least kita lagi tenang nak study untuk next subject.
tak de lah terkontang-kanting nak jawab next paper nanti kan.
baru syok nak balas dendam.
hehehe.

*makin stress kalau tenung lama2.hahaha


okeh2.tu saja lah nak cakap.
wait a minute,
tahniah di ucapkan buat skuad seladang sebab berjaya menundukkan si kijang.
4-o..memang hebatte lah!
kejor yeop kejor.
(suara anak jati perak)
that's all.
thanx..doakan untuk my chemistry paper plak ye :)




p/s : baru perasan kena block dekat fb.
well,thanx girl.
at least tak de la susah2 aku nak block kau :D

Tuesday, April 12, 2011

rehat kejap KOT


assalamualaikum :)

rest untuk sementara.
sampai 20 april ni.
nak concentrate kat exam dulu..
hehehe..boleh percaya tak?

entri ni di buat pun sebab tension.
exam math tadi susah gila..
tension sampai sakit tengkuk.
bukan tanda darah tinggi ye..
sebab khusyuk sangat menunduk jawab exam.
aish.

ok la.
chow dulu.
nak menyerap ilmu dalam buku math lagi.
hehe.



p/s : congratz untuk sahabat di uitm puncak alam.
result korang memang gempak :D

Sunday, April 10, 2011

haq~



assalamualaikum :)

bercerita mengenai hak.
bukanlah filem haq yang macam tak ada hala tuju tu.
ceritanya begini.



setiap orang ada hak masing-masing.
nak suka apa.
tak nak suka apa.
itu hak kita kan.
so,tak perlulah orang lain nak caci maki kita punya minat kan?

contoh :

pak abu : aku minat betul cerita otomen
pak mat : kamu ni abu dah tua-tua pun tengok lagi cerita macam tu.
kamu tahu tak cerita tu bla bla bla...

kesian si pak abu..
well,itu minat dia.
tak perlulah pak mat nak memperkecil-kecilkan dia.
entah-entah waktu cucu dia tengok otomen,
dia pun curi-curi tengok.
saja tak nak mengaku.
nak jaga standard la tu..hehehe

ada jugak yang cakap macam ni.

leha : aku x suka la kamu pkai tudung warna merah.nampak macam bla bla bla.
tipah : tapi aku selesa.siap tutup aurat lagi.
leha : ahh..tetap nampak buruk jugak.

kesian jugak si tipah ni.
kalau tak suka tegur cara berhemah.
ni tak.si leha ni kasar bebeno.
kesian tipah tacing..

TAPI!

kalau situasinya macam ni,

pak akob : awok suke beno le pegi kela dangdut..anak dare kat sana semue pergh..
pak cot : ape kejadahnye kamu ke sane?tak ingat anak bini ke?

yang ini bukan lagi hak namanya.
ini namanya nafsu pak akob oi.
syabas di ucapkan kepada pak cot kerana menasihati pak akob.

tak pun macam ni.

melati : melur,jom shopping.aku nak beli mini skirt la.
melur : uish.mini skirt?mana boleh pakai melati.nanti nganga pulak ayah kau.

nampak tak perbezaannya??
menasihat dengan mengkritik tu berbeza.
bila pak akob dengan melati buat macam tu.
mereka dah lupa hak ALLAH dengan mereka.
faham tak?
benda tu dah bukan jadi hak mereka.
semua tu nafsu.

itu saja lah yang aku nak berceloteh.
tiba-tiba dalam kesibukan pspm rasa nak menulis.
hehehe.
anyway,wish me luck ye :)


oh ya,
sekarang aku sedang menggilai kartun 3D comel gila ni.

boboiBoy buatan Malaysia.MALAYSIA BOLEH!



p/s : nama watak2 di atas tiada kaitan dengan sesiapa.
sama ada yang masih hidup mahupun
sudah meninggal duna :)